The pressure is over!

Yahoo!!! Alhamudillah. Segala tekanan, debaran dan ketegangan yang melanda semenjak seminggu lepas telah berakhir. Hari ini merupakan hari terakhir kursus yang telah aku hadiri semenjak Ahad lalu. Walaupun berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan meriah, aku masih tidak mempunyai banyak masa untuk meneliti beberapa perkara lain dalam kehidupan aku, seperti mengemaskini blog, memberikan tumpuan pada keluarga dan lain-lain lagi perkara peribadi yang tidak dapat kunyatakan di sini.

Namun begitu, aku memanjatkan setinggi kesyukuran kerana semuanya berlalu dengan selamat dan jayanya. Aku berpuas hati dengan pencapaian dan usaha yang kulakukan dalam kursus ini. Aku berdoa agar dapat mencapai kejayaan yang diidamkan, dan aku juga mendoakan sahabat sekursus aku juga berjaya dalam karier masing-masing.

Dah masuk bulan Disember, kehidupan kena diteruskan dan perancangan perlu dilakukan untuk tahun yang mendatang...

Comments