Aku telah menganalisis pencapaian dan kenangan aku di tahun 2006 ini. So far, Alhamdulillah, ada peningkatan dan kematangan dalam hidup. Banyak pengalaman pahit manis telah aku lalui, tempuhi dan alami sendiri. Memang cukup mematangkan diri dan memberikan secangkir pengalaman yang tidak ternilai harganya. Secara keseluruhan, 2006 merupakan satu tahun yang menarik, ada beberapa peristiwa signifikan dalam hidupku, namun aku menjangkakan 2007 akan menjanjikan lebih banyak peristiwa yang lebih signifikan dan mungkin menjadi "turning point" dalam hidupku... Dari segi usia di dunia, aku telah mencapai usia 31 tahun dan akan memasuki 32 tahun. Pengalaman kerja selama hampir 9 tahun dalam pelbagai bidang tugas, termasuk dalam sektor awam selama 5 tahun sehingga kini. Pendedahan ini banyak mematangkan diri aku dan menjadikan aku menjadi insan yang lebih berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, yakin, terbuka serta semakin peka terhadap perkembangan sekeliling.
Sekarang, aku telah merangka pelan tindakan untuk tahun 2007. Bagi memudahkan penetapan sasaran dan pemantauan pencapaian, aku menggunakan konsep Key Performance Indicators (KPI) dan Balance Scorecard. Fuh... bunyi macam dasat, tapi biasa aje, memudahkan pemantauan apa yang aku buat dan apa yang aku ingin capai... Aku mengambil pengajaran daripada Ramadhan 1427H yang berlalu dari segi penetapan matlamat dan pemantauan berdasarkan konsep yang cukup praktikal - "simple and attainable" (menetapkan matlamat yang tidak "complicated" dan boleh dicapai) dalam tahun 2007. Kalau dapat mengatasi sasaran tersebut, Alhamdulillah, that's even better.
--------------------------------------------------------
http://mymegazine.blogspot.com/2006/09/pra-ramadhan-rancangan-ramadhan-1427h.html

Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mewarnai hidupku sepanjang tahun 2006, terutamanya kepada isteri tercinta yang terus memberikan keyakinan, kasih sayang dan kepercayaan pada aku, anak2 yang cukup memahami tugas bapanya, keluarga (kedua-dua belah - keluargaku dan keluarga isteri) yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung, sahabat2 karib / rakan taulan aku di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Malaysia dan seluruh dunia (sama ada di alam nyata mahupun di alam maya), rakan sekerja aku, kenalan2, klien aku, pemimpin masyarakat, serta seluruh masyarakat rakyat marhaen yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam sistem sosial aku sepanjang 2006 seperti contoh penjual tiket bas Transnasional, makcik yang memasak nasi goreng kegemaran aku, tuan rumah sewa aku dll. Above all, aku bersyukur yang teramat sangat ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinnya lah aku mengecapi segala nikmat di dunia ini dan sentiasa mengingati kebesaran dan keagungan-Nya. Semoga aku dapat teruskan ke peringkat lebih baik dan hebat di tahun 2007! Aminnn!!!!

Comments