LAWATI BLOG ALTERNATIF di:
http://geocities.com/shahrulmiza/blog/index.html
http://mymegazine.blog.com/
Dah lama aku tidak mengemaskini blog aku ini (orginal site) setelah aku tidak dapat mengaksesnya dari "office suite" aku. Aidilfitri telah berlalu dengan pantasnya, dan hari ini sudah 12 Syawal 1427H. Di hujung-hujung minggu seperti ini, ramai orang mengadakan rumah terbuka dan menjemput saudara mara, rakan taulan, sahabat handai, teman sepejabat dan lain-lain lagi.
Sepanjang dua minggu lepas, aku mencatatkan pelbagai perkara merangkumi pendapatku mengenai perkembangan/isu-isu semasa serta beberapa artikel/input yang aku dapati melalui e-mel yang ingin aku abadikan dalam blog untuk rujukan masa hadapan. It has been an interesting week, tuning myself to "work mode" after more than a week in "Raya Mood" (Holidays' Mood)... hehehehe...
Kini, kita telah memasuki bulan November, dan kemudian Disember. 2006 hampir ke penghujungnya. Masa dirasakan begitu pantas berlalu. Tahun 2007 akan menjelang. Aku perlu mula meneliti pencapaian 2006 dan merancang agenda kesinambungan untuk 2007 dan tahun-tahun seterusnya. Aku juga perlu menyiapkan program kerja aku untuk tahun 2007, walaupun aku merasakan bahawa tempoh perkhidmatan aku di Pulau Pinang akan berakhir pada tahun hadapan. Ini merupakan salah satu perkembangan yang harus kupantau dengan teliti bagi memastikan perancangan hidup akan di"align" selari dengan perkembangan karier aku.
Satu lagi perkembangan signifikan dalam hidup aku adalah apabila anak sulung aku akan memasuki alam persekolahan (Darjah 1) pada 3 Januari 2007. Wow!!! My kid has grown up. Aku perlu memberikan perhatian sewajarnya dalam pembelajarannya di sekolah, walaupun aku jauh daripadanya. Meneliti perkembangan tumbesaran anak kedua dan ketiga juga menjadi salah satu agenda khusus bagi memastikan mereka membesar dengan sihat dan sempurna, serta mendapat kasih sayang seorang ayah sepenuhnya.
Aku akan menjalankan sedikit analisis dan menulis tentang halatuju kehidupanku pada masa hadapan... hasrat dan impian ke arah mewujudkan sebuah institusi keluarga (masyarakat mikro) yang kukuh dan bahagia. Insya-Allah, moga-moga Allah SWT merahmati daya usaha aku ini...

Comments