Alhamdulillah dah masuk seminggu kita berpuasa. Rasa sekejap sungguh. Minggu depan, kita akan memasuki minggu kedua, dan di hujung minggu akan menempuh separuh Ramadhan, Nuzul Al Quran. Kemudian, minggu ketiga, memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan, dan mengakhiri minggu terakhir dengan persediaan menyambut Syawal.
Walau apa pun, di hujung minggu yang santai seperti ini, kita kena ceria selalu. Alhamdulillah, permulaan hari aku cukup menyeronokkan dan menceriakan. Sebagai santai hujung minggu, kita rehat-rehatkan minda dengan satu cerita menarik dari sebuah IPT...
--------------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari, seorang pensyarah "subject" Sejarah Malaysia sedang mengajar para pelajarnya dengan penuh bersemangat. Tetapi kebanyakan pelajarnya tengah mengantuk, almaklumlah bulan puasa... jadi, untuk menjadikan kelas dia lebih interaktif, pensyarah ini cuba bertanya soalan kepada salah seorang pelajarnya;
"Hei, kamu yang di belakang tu!!" tegur pensyarah...
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor?" tanya pensyarah itu dengan nada tegas.
"Maaf, saya tidak tahu.. encik", jawab insan malang yang ditegur di belakang itu.
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?", tanya pensyarah lagi.
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.." suara dah mula gelabah...
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?", pensyarah itu mula nak naik angin...
Jawab insan itu...
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya ni petugas TNB..."
Hahahahahaha!!!! :-D

Comments