5 Ramadhan - Buka Puasa Buffet Ramadhan

Pertama kali di Ramadhan kali ini, aku dijemput berbuka puasa di sebuah hotel di Bukit Mertajam. Hotel bertaraf 4 bintang ini (pada pandangan aku) menawarkan Buffet Ramadhan dengan harga RM28 seorang untuk dewasa, manakala RM15 untuk kanak-kanak.

Aku pun mencuba berbuka puasa di sana. Juadah pembuka puasa adalah buah-buahan (tembikai, honey dew, limau tempatan – this is good, dan nenas tempatan). Ada beberapa jenis agar-agar dan puding (kurang menarik, kecuali hiasan).

Main course: Nasi putih & Nasi beriyani (ala-ala bukhari)


Lauk: Ayam kurma, daging masak bercili, ikan pari bakar (teringat Steve Irvin – you beauty!), kari ikan bawal ala mamak, sayur kubis cina dan campuran lobak, etc, dan ada beberapa lauk yang kurang menarik bagi aku. Adalah jumlahnya dalam 8-9 jenis semuanya.

Sup: Tomyam (pun tak sentuh)

Salad: Pecal (quite good), kerabu2 (aku tak makan, sakit perut nanti), salad kentang, etc Pelbagai jenis ikan kering.

Hidangan alternatif: Mi kari (nampak macam sedap, tapi tak sentuh jugak)

Minuman : Sirap selasih (boleh dibilang dengan jari), free flow.

Dessert: Cendol (kurang manis, lebih lemak) dan ABC (agak bagus, tetapi tidak boleh DIY)

Secara keseluruhan, makanan boleh lah tahan. Ada rasa. Cuma kurang "variety", untuk RM28 nett ia tidak berbaloi. Nasib baik tak bawa sesiapa. Hehehehe... Layanan kakitangan: baik dan agak profesional. Setting up & decoration: kurang menarik, nampak old fashioned. Aku memberikan ranking: 2.5 stars out of 5 stars

Aku teringat tahun lepas, aku ada menulis dalam sebuah laman web tentang pandanganku terhadap buffet Ramadhan yang ditawarkan di hotel-hotel di Malaysia. All you can eat. Paling mahal aku pernah tengok ialah RM100 seorang di sebuah hotel di Kuala Lumpur, tahun lepas. Tahun ini, aku tak pasti hotel mana yang mencatat rekod baru… Hehehe… Bagi aku, jika tidak berniat nak makan banyak/mewah, tak perlu "pandang" langsung pada tawaran ini. Kecuali ia diberikan secara percuma, pergilah berseronok dan makan sepuas-puas hati. Jika tidak, memang tidak berbaloi dengan harga yang dibayar untuk makanan yang boleh didapati di tempat lain seperti Bazar Ramadhan, restoran biasa, atau dimasak sendiri! :-)

Kembara Tarawih malam kelima:

Destinasi kedua: Masjid Bandar Perda. Masjid ini sungguh besar dan luas. Namun tidak ramai jemaah (tak sampai 40% masjid penuh). Trip Solat 8 (dalam 8 barisan), namun tinggal dalam 2 barisan setengah apabila trip ini balik… hehehehe…

Meriah dengan kanak2 namun kurang selesa beribadat kerana diganggu letupan mercun yang mereka main di luar masjid. Selain daripada itu, masalah mengisi saf juga berlaku di sini, mungkin terlalu ramai kanak2 sehingga beberapa barisan belakang nampak "rongak" sedikit…

Comments

'ndot said…
Myself & geng were invited to Del Suria's Berbuka Puasa @ Vogue, Renaissance. Kitaorang calculated per pax the hotel charged approximately RM79 - b'baloi giller kalau bkn bulan pose...
'ndot said…
we were invited (the gang) to Del Suria's berbuka puasa @ Renaissance KL. Guess price per pax? Approximately RM97! Tapi selection food was superb!