Kawan waktu senang tak payah kau cari-cari
Di mana sahaja mudah kau jumpa...
Pengalamanku di masa yang telah lalu
Buat ku sedar tentang diri ini
Waktu ku senang ramai teman-teman dan saudara
Tapi bila aku susah mereka menjauh...
Begitulah petikan lagu dendangan DJ Dave (Datuk) tentang hakikat kehidupan. Teringat aku persembahan Datuk dalam Malam MATRADE 2006 - Fuh!!! Kelass bang!!! Memang hebat persembahan otai ini, walaupun hanya 20 minit mendendangkan lagu-lagu malar segar (evergreen) yang menjadi siulan suatu masa dahulu (masa itu, aku masih kecil... tetapi bila mendengar abang dan kakakku menyanyikannya, aku pun tumpang minat... hehehehe...)
Memang benar, adalah mudah untuk mencari kawan/sahabat di waktu senang, waktu kita gembira, waktu kita ceria.
Namun amat susah sekali mencari hatta seorang insan/kawan yang boleh diharapkan atau dikongsi kedukaan, kesedihan yang dialami oleh kita.
Senario ini membuatkan aku termenung seketika, memuhasabah dalam-dalam dan mencari satu pengertian di sebalik fenomena yang tidak dapat dijelaskan secara saintifik. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik sesuatu perkara yang terjadi.
Apa yang penting, kita semua kena sentiasa melengkapkan diri dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Dalam hidup, kita mesti mempunyai pelbagai pelan luar jangka (Plan A, Plan B, Plan C, etc etc).
Begitu juga berkawan. Kita kena mencari kawan waktu senang, dan juga mencari kawan waktu susah, kerana ia akan meluaskan horizon, "menambah warna" (add colours) dan "menambah rempah" (add spices) pada kanvas hidup kita yang boleh diibaratkan berwarna putih bersih...
p.s. Takde pulak renungan Jumaat pagi nih... tokey tutup kedai kot... hehehehe...

Comments