6 bulan berlalu....

Pejam celik, pejam celik, sudah 6 bulan berlalu dalam 2006!

Sudah separuh tahun 2006 telah kita lalui. Amat cepat masa berlalu. Kini, kita meniti dan mengharungi separuh tahun kedua (second half of the year) dalam tahun 2006.

Sepatutnya, kita perlu muhasabah diri dan merenung sejauh mana pencapaian, kejayaan, kegagalan atau permasalahan yang masih lagi timbul daripada resolusi, wawasan dan sasaran bagi tahun 2006. Sama ada berkaitan dengan kerja mahupun agenda peribadi, semuanya perlu dilihat kembali (revisit).

Aku akan cuba mencuri sedikit masa rehatku untuk membuat "stocktaking", insya-Allah dan berazam untuk terus berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja dan kehidupan dalam separuh kedua tahun 2006 ini!

Comments