You can swing your mood!

Dalam menghadapi minggu antara yang tersibuk dalam kerjaya aku, dengan tekanan dan pengharapan menghasilkan satu mutu dan kualiti kerja yang cemerlang, aku memerlukan kekuatan luar biasa, semangat luar biasa, diiringi aura paling positif dan ghairah, serta "mood" yang terbaik.

Salah satu perkara yang aku lakukan pagi ini adalah menonton klip video lagu-lagu Hindi yang popular di dalam beberapa filem lakonan Shah Rukh Khan. Filem seperti Kal Ho Na Ho, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein dan Kabi Khushi Kabi Gham berjaya membawa aku menerawang seketika, mengimbau masa silam dan menghayati irama yang cukup membuai perasaan di awal pagi untuk memulakan satu hari yang sibuk.

Sambil menghayati aura positif dan asyik dengan melodi lagu (menghayati lirik yang dialihbahasa ke Bahasa Melayu), aku terfikir, betapa hebat dan kreatifnya komposer, koreografer dan lakonan mantap menjadi satu kombinasi sebagai satu klip video dan sebahagian daripada filem yang telah diproduksikan.

Mereka berjaya "bermain" dengan emosi penonton dengan cukup bersahaja dan amat mengesankan, walaupun sesetengah adegan tidak realistik tetapi penonton yang telah "tersentuh emosi" mereka mampu melupakan kesilapan dan unsur "tidak logik" semata-mata kerana melayan perasaan yang terbuai indah mengalunkan melodi lagu, seperti Kal Ho Na Ho, Ladki Badi Anjani Hai, Bo Lisi Surat, Tujhe Deka Jana Sanam... dan lain-lain... fuh!!! Kelass beb!!!

Maka tercetus idea positif untuk menerapkan unsur atau perkara yang mampu membuatkan "mood swing" berlaku - dengan kata lain, you can swing your mood as you wish! Anda boleh mengubah mood dan emosi anda mengikut acuan dan arahtuju yang anda suka, sama ada ke arah positif atau ke arah negatif. Anda mampu mengawal diri anda. Anda boleh! Itulah pengajaran penting yang aku dapat pada awal-awal pagi permulaan satu minggu yang amat mencabar!

Comments