MUKADDIMAH
Sebanyak 16 pasukan telah diketahui layak ke pusingan kedua. 10 daripadanya adalah pasukan dari benua Eropah. 4 dari Amerika Selatan, satu dari Oceania dan satu dari benua Afrika. Asia gagal menghantarkan wakil, tak seperti 4 tahun lalu. Pasukan yang bernasib malang gagal melayakkan diri adalah seperti Republik Czech yang tempang, Korea yang tidak bernasib baik, Jepun dan USA yang gagal menyerlah, serta pasukan "debut" - Ivory Coast, Togo dan Angola (dari Afrika) dan Trinidad & Tobago yang masih mentah dalam kancah pusingan akhir Piala Dunia kali ini.
Pusingan Kedua
Germany VS Sweden - Berdasarkan prestasi semasa, Germany dijangka tidak menghadapi masalah untuk menumbangkan Sweden. Malah "odds" kini mula memihak kepada tuan rumah yang dianggap mempunyai lawan lebih mudah, walaupun mungkin bakal bertemu Argentina dalam peringkat suku akhir. Aku ramalkan Germany menang 2-1.
Argentina VS Mexico - Argentina adalah pilihan utama. Walaupun demikian, Mexico bakal memberikan saingan sengit dan kalau tak salah aku, Mexico pernah menewaskan Argentina dalam pusingan kelayakan sebelum ini. Jangkaan Argentina menang 2-1.
England VS Ecuador - Peminat England pastinya mengharapkan kemenangan mutlak pasukan kesayangan mereka ke atas Ecuador. Akan tetapi, perlawanan ini bukan mudah. England masih "struggle" dalam corak permainan mereka. Jika bernasib baik, mereka akan mencatatkan kemenangan. Ramalan: England menang menerusi sepakan penalti 4-3 (seri 1-1).
Portugal VS Netherlands - Ini merupakan pertembungan menarik lagi sengit. Kedua-dua pasukan memang hebat dan mempunyai kelebihan tersendiri. Aku tak berani meramalkan siapa yang menang, tetapi menjangkakan salah satu akan mencatat kemenangan tipis 1-0 atau menang sepakan penalti 4-3.
Itali VS Australia - Itali sebagai pilihan manakala Australia sebagai "underdog". Mengharapkan barisan pemain EPL untuk mengemudi cabaran. Itali masih beraksi di luar keupayaan sebenar. Tetapi aku ramalkan mereka boleh menang, cuma tipis 1-0.
Switzerland VS Ukraine - Kedua-dua pasukan bukan pilihan berentap dalam merebut satu tempat di suku akhir. Kedua-duanya ada kelebihan sendiri. Berdasarkan prestasi semasa, aku rasa Switzerland akan mencatatkan kemenangan 2-1.
Brazil VS Ghana - Tekanan pastinya kepada Brazil sebagai pasukan pilihan. Ghana has nothing to lose. Mereka boleh mencipta kejutan, jika bermain secara sistematik, taktikal dan bertahan secara konsisten. Pilihan aku: Brazil menang 2-1.
Spain VS France - Satu lagi pertembungan hebat. Spain lebih nampak hebat, manakala France masih "struggle" dan kurang keyakinan. Namun demikian, Pusingan kedua adalah "different ball game". Aku menjangka Spain akan mara 2-1, walaupun naluri aku menyokong France.
SEGMEN TRIVIA
- Sepanjang Piala Dunia, hanya pasukan dari benua Amerika Selatan dan Eropah sahaja yang berjaya menjulang piala berprestij ini. Pasukan dari Amerika Selatan memenangi sebanyak 9 kali, manakala Eropah 8 kali. Jika mengikut negara, Brazil mendahului dengan kejuaraan sebanyak 5 kali, Itali (3 kali), Germany (termasuk Jerman Barat - 3 kali), Uruguay (2 kali), Argentina (2 kali) England dan France (masing2 1 kali).

Comments
Germany 2 Sweden 0 - Satu perlawanan yang amat hebat dan menarik! 2 gol Lukas Podolski dalam 20 minit pertama permainan berjaya meruntuhkan semangat juang Sweden dan membawa Germany ke suku akhir untuk pertemuan getir menentang Argentina. Strategi mendapatkan gol awal menguntungkan Germany dan terus membakar semangat juang mereka. Sweden tidak bernasib baik penalti Henrik Larsson melewati palang gol. Kelass beb!!!
Argentina 2 Mexico 1 - Seperti yang dijangka, Mexico berjaya memberikan saingan yang amat sengit sehingga mampu mendahului Argentina di minit keenam. Namun, dengan barisan pemain muda yang berbakat dan hebat, Argentina bangkit dan berjuang sehingga ke masa tambahan untuk mengecewakan harapan Mexico untuk mencatat kejutan.
England 1 Ecuador 0
- Nasib baik sepakan "maut" Beckham menyelamatkan England di saat pengalaman dan kehebatannya diperlukan di waktu genting seperti ini. Nampak seakan barisan hadapan England masih buntu. Rooney belum menyengat. Ecuador masih mentah dan bukan saingan sebenar. England akan menghadapi saingan lebih getir daripada Portugal.
Portugal 1 Netherlands 0
- Memang pertembungan sengit dan cukup tegang. 4 kad merah, 2 bagi setiap pasukan, 16 kad kuning (termasuk yang kena merah)! Skuad Oranje memang tak bernasib baik terpaksa akur dengan kekalahan ini walaupun memberikan tentangan sengit. Apa nak buat, ini adat pertandingan. Bagi aku, Portugal lebih bernasib baik.
Itali 1 Australia 0
- Tepat sekali ramalan aku!!! Australia memang telah memberikan saingan hebat, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Memang "lady luck" Itali mendapat sepakan penalti dalam masa 8 saat sebelum masa permainan tamat, dan Totti bertindak sebagai penyelamat maruah Itali. Australia boleh berbangga dengan pencapaian hebat ini, dengan sentuhan emas Guus Hiddink memang berjaya mencetuskan kebangkitan pasukan "down under" ini.
Switzerland 0 (0) Ukraine 0 (3)
- Memang saingan seimbang. Kedua-dua pasukan berbalas menyerang dan cuba mencari gol, tetapi penyudahan yang kurang sempurna. Sehingga akhir perlawanan, mereka nampak sedikit defensif dan keletihan, dan kali pertama dalam edisi Piala Dunia kali ini, keputusan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Apa yang mendebarkan, ketiga-tiga penalti Swiss tak masuk! Schevchenko juga nampak gementar dan gagal menyempurnakan penalti. Oleg Blokhin cabut lari tidak mahu melihat adegan ini. Memang nasib tidak menyebelahi Swiss, tetapi mereka adalah satu pasukan berbakat dan bakal menyengat di masa hadapan...
Brazil 3 Ghana 0
- Brazil bangkit tepat pada masanya dan unggul dalam kelas tersendiri. Walaupun Ghana bermain secara sistematik, taktikal dan bertahan secara konsisten, mereka tidak mampu mengekang kelajuan serta penyudahan sempurna para pemain Brazil. Jika mana-mana pasukan lain melawan Brazil semalam pun, memang susah nak menang.
Spain 1 France 3
- Les Blues juga bangkit tepat pada masanya. Aku terlepas menonton pertembungan hebat ini. Ingatkan berlarutan ke sepakan penalti. Satu lagi pertembungan hebat. Keputusan menyebelahi naluriku. Memang ini adalah "different ball game". Walaupun berjaya mendahului 1-0, Spain seakan hilang arah dan tidak mampu mengekang kebangkitan France.