WC06 - "Preview" dan Analisis Kumpulan E

Itali VS Ghana
- Itali merupakan antara pasukan yang aku hormati, kerana kejayaan dan kehebatan Serie A mereka menghasilkan pemain kelas dunia, seperti EPL di England. Mereka yang dibimbing oleh Marcello Lippi mampu pergi jauh dengan pemain seperti penjaga gol termahal dunia - Gianlugi Buffon, penyerang terbaik - Totti, Del Piero dan Inzaghi serta barisan pertahanan yang cukup mantap diadun dengan taktikal hebat merupakan "trademark" pasukan Itali. Namun demikian, cabaran Ghana juga tidak boleh diperlekehkan, dengan pemain hebat seperti Michael Essien. Ramalan: Itali menang 2-1.

USA VS Republik Czech
- Pasukan USA yang seimbang, berbakat dan mampu mencabar menghadapi tugas berat menentang pasukan ranking kedua dunia, Republic Czech. Dengan barisan pemain hebat seperti Petr Cech (penjaga gawang), Smicer, Poborski, Nedved (tengah) dan Koller, Baros, (penyerang), sememangnya Republik Czech adalah pilihan aku untuk menang dengan jaringan 2-1.

SEGMEN TRIVIA - Mengimbau rekod Piala Dunia lampau
- Penjaga gol yang paling lama menyimpan rekod bersih (tidak dibolosi) semasa pusingan akhir Piala Dunia adalah Walter Zenga (Itali) dalam pusingan akhir di Itali tahun 1990. Rekod bersih beliau selama 516 minit, iaitu kira-kira 8 perlawanan pasukan Itali telah mencatat keputusan menang atau seri tanpa bolos. Hanya dalam pusingan separuh akhir (tidak silap aku), rekod Zenga lebur apabila Itali tewas kepada Argentina dengan jaringan penyerang sensasi Argentina masa itu, Claudio Cannigia menyumbat gol penyamaan pada minit ke-67.

Comments

Shahrulmiza said…
Analisia Pasca Perlawanan

Aku tak sempat menonton kedua-dua perlawanan. Berdasarkan analisis pakar yang ditulis semula di sini...

Itali 2 Ghana 0
- Perlawanan yang menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Tetapi Itali mempamerkan kejagoan mereka seperti apa yang aku tuliskan sebelum perlawanan ini berlangsung. Mereka lebih bernasib baik dan pemain2 berbakat mereka berjaya menjumpai sentuhan menjaringkan gol. Well done. Cuma Ghana tak bernasib baik untuk "score". Ramalan hampir tepat.

USA 0 Republik Czech 3
Republik Czech menunjukkan bahawa mereka memang layak dinobatkan sebagai pasukan ranking kedua dunia apabila bergaya menumpaskan USA. Berdasarkan analisis, RC memang bijak memanfaatkan peluang di depan mata, manakala USA gagal menterjemahkan gerakan2 baik menjadi penyudah berkesan dan berhasil.