Perlawanan terakhir dalam setiap kumpulan! Ada 8 pasukan yang telah layak ke pusingan kedua, hanya menanti baki 8 lagi pasukan yang bakal mengiringi mereka. Kedudukan juara dan naib juara kumpulan akan ditentukan dalam perlawanan akhir setiap kumpulan ini. Bagi pasukan yang tersingkir, inilah pentas terakhir menunjukkan kehebatan, menebus maruah yang tercalar, mendapatkan kemenangan saguhati buat bekalan pulang ke negara masing-masing. Kepada kumpulan yang masih terbuka saingan mereka, inilah peluang terakhir untuk mencatatkan kemenangan mutlak pencetus kebangkitan dan peningkat keyakinan sepasukan serta penyokong masing-masing.
Kumpulan A
Ecuador VS Germany - Penentu johan dan naib johan kumpulan. Masing2 perlu menang bagi mengelak bertemu England yang diramal menjadi juara kumpulan B. Aku jangka saingan sengit. Germany diramal menang 3-1.
Costa Rica VS Poland - Kedua-dua ingin menebus maruah yang tercalar dan ingin pulang dengan satu kemenangan saguhati. Jangkaan: Seri 2-2
Kumpulan B
Paraguay VS Trinidad & Tobago - Paraguay yang tersingkir inginkan kemenangan sebagai cenderamata untuk dibawa pulang. T&T pula dahagakan kemenangan besar dan mengharapkan England menumbangkan Sweden . Aku ramal T&T menang 2-0.
Sweden VS England - Ini memang pertembungan sengit. England pasti akan mempertahankan rekod tanpa kalah, dan kehadiran Wan Rani (Rooney) "full time" akan memberikan suntikan semangat. Sweden perlukan kemenangan atau seri untuk mengiringi England. Jangkaan: England menang 2-1.
Kumpulan C
Iran VS Angola - Iran sudah boleh melupakan Piala Dunia kali ini, tetapi mereka mahukan kemenangan saguhati sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Angola masih berpeluang, secara matematiknya mereka perlu menang besar dan mengharapkan Mexico dibelasah teruk oleh Portugal. Ramalan: Seri 1-1
Portugal VS Mexico - Walaupun telah layak, Portugal dijangka tidak memandang mudah perlawanan ini. Mexico hanya memerlukan seri untuk mengiringi Portugal ke pusingan berikutnya. Aku menjangka Portugal menang 2-1.
Kumpulan D
Ivory Coast VS Serbia & Montenegro - Ini juga pertembungan seperti Poland menentang Costa Rica dalam Kumpulan A. Kedua-dua pasukan hanya memerlukan saguhati untuk bekalan pulang ke negara masing-masing. Ivory Coast lebih berpeluang cerah jika bermain dengan bersungguh-sungguh. Aku meramalkan Ivory Coast menang 2-1.
Holland VS Argentina - Inilah pertembungan terhebat dalam semua perlawanan ketiga setiap kumpulan kali ini. Penentu siapa juara kumpulan "maut" ini. Aku tak berani langsung nak meramal siapa yang akan menang. Kita serahkan pada keadaan dan lihat sahaja apa akan jadi. Siapa lebih kuat dan memanfaatkan peluang terhidang, mereka akan berjaya. Jangkaan "modest" aku: Seri 2-2.
Kumpulan E
Republik Czech VS Italy - Ini memang pertembungan penting. Semua pasukan belum tentu mengesahkan tempat ke pusingan kedua. Italy hanya memerlukan seri, manakala Republik Czech perlukan kemenangan serta mengharapkan Ghana kecundang, bagi membolehkan mereka mara. Aku ramalkan Italy menang 2-1.
Ghana VS USA - Ghana memang perlukan kemenangan untuk layak ke pusingan kedua, dan mereka ada potensi untuk mara. USA pula sudah tertutup peluang, walaupun jika mencatat kemenangan kerana Republik Czech dan Italy pastinya akan mengutip mata. Jangkaan aku: Ghana menang 2-1.
Kumpulan F
Japan VS Brazil - Jepun memang perlukan kemenangan atau lupakan pusingan kedua. Brazil tak akan memberikan jalan mudah dan akan mempertahankan ego sebagai pasukan pilihan dalam Piala Dunia kali ini. Pertembungan Asia dan Amerika Latin yang bakal hebat dan sengit. Aku meramalkan seri 2-2.
Croatia VS Australia - Ini juga perhitungan hidup dan mati bagi kedua-dua pasukan bagi mengiringi Brazil ke pusingan kedua. Sambil mengharapkan Jepun tewas, Croatia perlu mempertajamkan penyudah bagi menjaringkan gol. Ramalan: Australia menang 2-1.
Kumpulan G
Togo VS France - Satu pertemuan yang akan sengit. France semakin terdesak untuk memulih reputasi semakin tercalar, manakala Togo mencari suntikan moral sebagai saguhati penyertaan pertama mereka dalam Piala Dunia. Aku melihat France akan menang tipis 1-0.
Switzerland VS Korea - Korea dilabel pasukan pilihan berdasarkan persembahan cukup menyengat. Hanya perlukan seri, tetapi aku yakin mereka akan "go all out" untuk meraih kemenangan mutlak. Kalau seri, beza jaringan bakal penentu. Jangkaan: Korea 2 Switzerland 0.
Kumpulan H
Arab Saudi VS Spain - Adehhh... Arab Saudi yang sudah tersingkir akan cuba memulihkan memori pahit dibelasah Ukraine sebelum ini. Tetapi cabaran getir Spain dengan penyerang muda lagi prolifik akan menyukarkan agenda mereka. Spain boleh membelasah Arab Saudi 3-0.
Ukraine VS Tunisia - Ukraine hanya perlukan seri, manakala Tunisia dahagakan kemenangan bagi mencerahkan peluang ke pusingan kedua. Ini bakal menjadi pertembungan sengit. Aku ramalkan Ukraine unggul dengan 2-0.
SEGMEN TRIVIA - Pele merupakan satu-satunya pemain yang berjaya menjulang kejuaraan Piala Dunia yang tertinggi, iaitu sebanyak tiga kali (1958, 1962 dan 1970).
Excerpt from the Regulations of the 2006 FIFA World Cup Germany™
XVIII. TECHNICAL RULES FOR THE FINAL COMPETITION
Article 31 First round (groups)
5. The ranking of each team in each group will be determined as follows:
a) greatest number of points obtained in all group matches;
b) goal difference in all group matches;
c) greatest number of goals scored in all group matches.
If two or more teams are equal on the basis of the above three criteria, their rankings will be determined as follows:
d) greatest number of points obtained in the group matches between the teams concerned;
e) goal difference resulting from the group matches between the teams concerned;
f) greater number of goals scored in all group matches between the teams concerned;
g) drawing of lots by the Organising Committee for the FIFA World Cup™.
6. The two teams coming first and second in each group qualify for the second round.
Comments
Ecuador 0 Germany 3
- Kelasss bebb!!! Aku cukup teruja dengan keputusan yang begitu memberangsangkan ini. Hanya tersasar sedikit dari ramalanku. Germany berada di landasan yang tepat untuk mara lebih jauh. Klose terus unggul dengan 2 jaringan. Podolski menyumbang satu lagi gol. Semoga sentuhan prolifik mereka berterusan dalam pusingan kedua dan terus mara lebih jauh...
Costa Rica 1 Poland 2
- Poland lebih bersemangat dan bernasib baik dalam pertembungan dua pasukan yang sudah boleh menempah tiket untuk pulang. Tahniah dan cuba lagi empat tahun akan datang...
Kumpulan B
Paraguay 2 Trinidad & Tobago 0
- Paraguay berjaya meraih kemenangan saguhati, manakala T&T berputih mata walau mempamer aksi hebat. Namun, T&T merupakan pasukan yang perlu dihormati dan mampu meningkat dalam edisi Piala Dunia akan datang.
Sweden 2 England 2
- Sweden bernasib baik, dan England juga seakan "play safe" walaupun menurunkan Wan Rani dalam kesebelasan utama. Joe Cole merupakan pemain terbaik. Gerrard menjadi "saviour" di saat memerlukan (seperti biasa). Owen malang tercedera. Sweden yang sudah masak dengan permainan England (jersi pun sama penaja) bijak mengekang asakan dan memanfaatkan peluang yang terhidang. Tapi belum tentu lagi apabila Sweden akan jumpa Germany nanti... siap le korang!!! Hehehehe...
Iran 1 Angola 1
- Iran berjaya menyelamatkan maruah mereka dengan memaksa keputusan seri. Ini seterusnya memadamkan impian Angola untuk mara ke pusingan kedua, walaupun saingannya Mexico kecundang di tangan Portugal. Ramalan aku tepat mengena!
Portugal 2 Mexico 1
- Portugal yang merehatkan pemain bintang mereka tetap gagah membenam cabaran Mexico. Pasukan ini nampak semakin mantap dan Scolari berjaya mengetengahkan bakat-bakat baru yang berpotensi sekiranya tonggak utama tercedera atau digantung daripada bermain. Ramalanku juga tepat mengena! Kelass beb!!!
Kumpulan D
Ivory Coast 3 Serbia & Montenegro 2
- Aku rasa memang pertembungan ini sengit dan hebat. Serbia amat yakin menang setelah mendahului 2-0 pada satu masa, namun semangat juang tinggi Ivory Coast berjaya menterbalikkan keputusan dengan catatan 3 jaringan, 2 melalui sepakan penalti. Memang aku kagumi Ivory Coast dan sentiasa akan menunggu kemunculan mereka dalam edisi Piala Dunia akan datang.
Holland 0 Argentina 0
- Kalaulah aku "betting" semalam, memang "manyak untung woo..." hehehehe... Anyway, judi adalah HARAM. Keputusan seri memang telah dijangka. Saingan sengit tetapi persembahan hambar dengan ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan kerana menurunkan muka-muka simpanan dan "menyimpan" tonggak utama masing-masing.
Republic Czech 0 Italy 2
- Italy akhirnya layak setelah berhempas pulas menumpaskan Republic Czech yang tempang kerana kehilangan tonggak utama. Jika pasukan ini "full fledge", belum tentu Itali boleh menang.
Ghana 2 USA 1
- Ghana membuktikan mereka lebih unggul daripada USA dengan semangat juang dan corak permainan menarik. USA perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan peluang.
Kumpulan F
Japan 1 Brazil 4
- Brazil menunjukkan belangnya, dan Ronaldo berjaya menutup mulut pengkritik dengan 2 gol. Jepun kelihatan tidak bermaya mengekang kebangkitan Brazil, walaupun berjaya mendahului 1-0.
Croatia 2 Australia 2
- Australia bernasib baik setelah dua kali ketinggalan untuk meraih satu mata berharga bagi mengiringi Brazil ke pusingan berikutnya. Pengalaman pemain Austalia yang beraksi di EPL banyak membantu kejayaan Australia kali ini.
Togo 0 France 2
- France berjaya menepati ramalan mencatat kemenangan yang diperlukan. Viera dan Henry hadir tepat pada masanya, masing2 menyumbangkan 1 gol. Namun perjuangan mereka masih jauh dan perlu meningkatkan mutu permainan.
Switzerland 2 Korea 0
- Satu keputusan di luar jangkaan! Switzerland cukup bertuah memanfaatkan peluang yang terhidang, manakala Korea tidak bernasib baik walau berjuang bermati-matian.
Kumpulan H
Arab Saudi 0 Spain 1
- Pesta atau kenduri gol tidak terjadi. Kemenangan Spain tidak semudah yang disangka. Arab Saudi yang "nothing to lose" memberikan saingan sengit. Spain pula merehatkan tonggak utama nampak tumpul dan tidak prolifik seperti biasa.
Ukraine 1 Tunisia 0
- Ukraine membuktikan kejaguhan mereka dengan kemenangan walaupun tipis hasil jaringan penalti oleh Schevchenko. Tunisia walaupun memberikan saingan sengit, bermain sedikit kasar dan banyak mengutip kad amaran, termasuk satu kad merah.