Tak cukup masa... buat 2-dalam-1.
Kumpulan G
France VS Switzerland
- Perancis mempunyai kelebihan berbanding Switzerland. Aku ramalkan mereka menang 2-0
South Korea VS Togo
- Pertembungan yang dijangka sengit. Kalau tak seri 0-0, Korea menang 1-0. Tapi berhati-hati dengan satu lagi "dark horse" dalam Piala Dunia 2006.
Kumpulan H
Spain VS Ukraine
- Spain menjadi pilihan. Tetapi jika Ukraine menurunkan Schevchenko, mungkin saingan sengit. Ramalan: Spain menang 1-0.
Tunisia VS Saudi Arabia
- Satu pertemuan yang seimbang. Sesiapa yang bermain lebih pantas dan berstrategi, mereka akan menang. Jangkaan aku: seri 0-0.
SEGMEN TRIVIA - Pemenang kasut emas (penjaring terbanyak) Piala Dunia tahun 2002 adalah Ronaldo, penyerang prolifik Brazil dengan lapan gol. Manakala pemenang bola emas (pemain terbaik kejohanan) adalah Oliver Kahn, penjaga gawang Germany yang penuh karekter, kaliber dan ketokohan.

Comments
France 0 Switzerland 0
- Satu keputusan yang agak mengejutkan. Kedua-dua pasukan, terutamanya Perancis gagal menterjemahkan gerakan kepada penyudah berkesan. Nampak seakan badi 2002 masih ada pada pasukan Perancis, walaupun memiliki barisan penyerang terbilang.
South Korea 2 Togo 1
- Memang sengit! Korea yang "unsettled" pada mulanya, mula memperbaiki corak permainan pada separuh masa kedua dengan gerakan bertali arus dan semangat juang luar biasa. Kedua-dua gol dari rembatan deras luar kotak penalti memang cantik dan mengagumkan. Togo juga mantap dan terususun, cuma kurang bernasib baik. Mereka akan menjadi "dark horse" dan dijangka akan menyusahkan Perancis dan Switzerland dalam perlawanan seterusnya.
Spain 4 Ukraine 0
- Ramalan Spain mencatat kemenangan adalah tepat, tetapi yang lebih mengagumkan aku, barisan hadapan yang dibarisi tenaga muda begitu prolifik dengan 4 gol berjaya dijaringkan! Ganazz gitu... Hanya kali kedua semenjak 1950, Spain mencatat kemenangan pada perlawanan sulung di pusingan akhir Piala Dunia. Kemenangan yang "impressive" dan "comprehensive".
Tunisia 2 Saudi Arabia 2
- Jangkaan aku keputusan seri adalah tepat. Namun, Arab Saudi hampir melakar sejarah untuk kemenangan pertama dalam penampilan mereka di Piala Dunia. Namun, gol di minit terakhir oleh Tunisia menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri. Nampaknya saingan terbuka kepada kedua-dua pasukan ini yang perlu mencatat kemenangan dalam perlawanan seterusnya yang lebih "tough".