WC06 - Aksi Peringkat Suku Akhir!

Kini, kita semua telah mengetahui sebanyak 8 pasukan telah layak ke peringkat suku akhir. Germany, Argentina, Italy, Ukraine, England, Portugal, Brazil dan France akan bakal berentap untuk merebut 4 tempat di peringkat separuh akhir.

Secara keseluruhan, semua pasukan ada kehebatan masing-masing. 7 pasukan adalah pasukan pilihan dan memang diakui kekuatan mereka. Hanya pasukan Ukraine sahaja yang mencatatkan "upset" dalam penyertaan pertama mereka dalam Piala Dunia. Sebenarnya, Ukraine dibarisi rata-rata pemain kelahiran Soviet Union. Dahulunya Russia, merupakan pasukan yang cukup disegani dan jurulatihnya, Oleg Blokhin adalah bekas pemain Russia yang pernah menyertai Piala Dunia satu masa dahulu.

Mari kita lihat "preview" Suku Akhir yang akan bermula 30 Jun ini:

Germany VS Argentina - Pertembungan yang bakal hebat lagi sengit. Peluang 50-50. Siapa yang berjaya mengawal 10 minit pertama dan 10 minit terakhir, mereka akan berpeluang cerah meraih kemenangan mutlak. Jika tidak, keputusan mungkin ditentukan melalui sepakan penalti. Aku jangkakan Germany menang 2-1.

Italy VS Ukraine - Pertemuan antara "seeded" menentang "underdog". Italy ada kelebihan dan karisma tersendiri, seperti pertahanan mantap dan permainan keras, manakala Ukraine pula berdaya juang tinggi. Berdasarkan prestasi semasa, aku ramalkan Itali menang tipis lagi, 1-0.

Pemenang dua perlawanan di atas akan bertemu di Separuh Akhir 1. Aku ramalkan Germany bakal berhadapan Italy.

England VS Portugal - Satu lagi pertembungan hebat. Portugal tampak berkelebihan, tetapi kehilangan beberapa tonggak setelah digantung kerana mendapat kad merah & kuning kedua. England dengan "lady luck" mereka akan terus dipuja dan jadi pilihan. Aku jangka England menang tipis 1-0.

Brazil VS France - Ini merupakan klimaks pertembungan suku akhir. Kedua-dua pasukan ada kelebihan masing-masing. Namun Brazil tampak hebat atas kertas, berbanding France. Peluang kedua-dua pasukan adalah 50-50. Diramalkan Brazil mara ke separuh akhir dengan jaringan 2-1.

Pemenang baki dua perlawanan di atas akan bertemu di Separuh Akhir 2. Aku jangkakan England akan bertemu Brazil.

Walau apa pun, nantikan aksi sebenar hujung minggu ini!

Comments

Shahrulmiza said…
ANALISIS

Suku akhir yang berlangsung dengan sengit sekali! Memang nampak pasukan yang mempamer aksi terhebat memenangi pertarungan kalah-mati ini. 4 pasukan gembira, 4 pasukan berduka. Aku juga melihat bahawa jurulatih memainkan peranan penting dalam pertembungan seperti ini. Strategi, taktikal, motivasi dan perencanaan penting dalam menentukan kejayaan/kemenangan sesebuah pasukan yang dibimbing. Ketahanan mental, ketenangan pemain dan bertindak bijak di saat genting juga merupakan faktor kritikal dalam penentuan siapa menang, siapa kecundang.

Germany 1 Argentina 1 (Germany menang sepakan penalti 4-2)

- Germany, pasukan pilihanku nampak lebih bernasib baik. Sayang 2 pasukan hebat ini terpaksa bertembung lebih awal. Mereka bijak memanfaatkan peluang, bersemangat juang tinggi dan mampu menyerap tekanan. Itulah kunci kejayaan Germany ke separuh akhir. Prestasi mereka juga konsisten dan aku yakin akan sampai ke kemuncak di perlawanan akhir nanti.

Italy 3 Ukraine 0
- Italy bangkit tepat pada waktunya seperti France bangkit menumbangkan Spain dalam pusingan kedua. Gagah menguasai permainan dan berjaya mengekang ayam tambatan Ukraine - Schevchenko, Italy bijak memanfaatkan peluang dan seperti biasa menggunakan kekuatan pertahanan bagi menahan asakan Ukraine.

England 0 Portugal 0 (Portugal menang sepakan penalti 3-1
- Permainan yang hampeh. Aku menonton 20 minit pertama, memang sudah nyata England tidak mampu menang dalam pertembungan ini. Mereka mempunyai pemain bagus, tetapi jurulatih tidak bijak merencana strategi bagi melawan perhitungan Scolari, pakar strategi yang terbukti hebat. Pemain England tidak mampu menyerap tekanan hebat dan gagal menyudahkan sepakan penalti.

Brazil 0 France 1
- France terus bangkit dan mempamer aksi hebat, manakala Brazil gagal memanfaatkan peluang dan nampak tertekan untuk memenangi perlawanan ini. Henry hadir tepat pada masanya untuk meledakkan gol tunggal yang memadamkan api perjuangan Brazil dan menutup mulut penyokong mereka yang sedikit "kerek" (too proud) dengan aksi pemain bintang. Kecuali Ronaldo, ayam tambatan lain tidak konsisten.