Oh yeah!!!! Satu wabak (epidemic) yang datang empat tahun sekali kini mula melanda seluruh dunia! Bukan Avian Flu, bukan JE, bukan AIDS, bukan penyakit kuku dan mulut... hehehehehe... Tapi demam bolasepak Piala Dunia 2006 yang akan berlangsung di Jerman mulai pagi esok!
Aku, walaupun bukannya "terrer" main bola, tapi setakat nak lawan KJ MyTeam, kacang aje... hehehehehe.... dari segi pengurusan, strategi dan analisis sebagai "mastermind" dalam bolasepak... apa kata orang... "maestro" dalam arena bolasepak seperti jutawan pemilik kelab kegemaran aku - Chelsea, Roman Abrahamovich dari negara Russia.
Persediaan aku menghadapi Piala Dunia 2006 ni tak lah sehebat persediaan menghadapi bulan Ramadhan atau persediaan menyambut Aidilfitri, cuma aku sekadar mengumpulkan jadual perlawanan, memantau keputusan, dan aku juga terlibat dalam perlawanan Piala Dunia fantasi maya (virtual fantasy World Cup) bersama-sama sahabatku di Kuala Lumpur... sebagai satu cara untuk meningkatkan hubungan baik dan "networking" dengan sahabat-sahabat lama.
Namun demikian, sedikit sebanyak demam Piala Dunia tu melanda juga diriku. Walaupun meminati lagu "joget bujang di rantau" dendangan Black Dog Bone, disiplin diri tetap ada dan aku tak akan mengabaikan tugas dan tanggungjawab hakiki aku di sini. Nasihat pemimpin negara terus aku jadikan panduan dan azimat. Piala Dunia hanyalah satu "kegilaan" untuk "suka-suka" sahaja. Tak perlu berjudi, bertaruh, dan bermain sindiket. Hanya sekadar meredakan ketegangan kerja, hiburan dan menaikkan semangat juang dan motivasi, seakan aku ini sebahagian daripada pemain bola yang bertanding merebut piala yang paling berprestij di dunia!
Jom tengok bola! Makan bola! Minum bola! Tidur bola! Mimpi bola!
Hehehehehe...

Comments
Jerman VS Costa Rica
- Jerman kehilangan Ballack. Tapi mereka masih kuat. Dan aku sokong 100% Jerman akan menang, cuma tough sikit dari segi score... biasalah belum panas dan baru nak "buang busuk" kata orang... hehehehe... Ramalan: Jerman 1 Costa Rica 0
Poland VS Ecuador
- Poland ada kelebihan. Aku tak berapa kenal sangat bintang2 dari kedua-dua pasukan ini, tapi ramalan aku: Poland 2 Ecuador 1.
Secara keseluruhan:
Pasukan aku minati : Jerman
Finalis: Brazil VS England
Ramalan juara: Brazil
Dark horses: Ivory Coast