Analisis Piala Dunia 2006 - Perlawanan Pertama Kumpulan A

Aku baru sahaja habis menonton perlawanan pertama Piala Dunia 2006. Jerman menentang Costa Rica.

Keputusan: Jerman berjaya membenam cabaran Costa Rica dengan jaringan 4-2!

Ramalan aku bahawa Jerman hanya mampu mengalahkan Costa Rica dengan kiraan gol 1-0 adalah meleset sama sekali. Nampaknya perlawanan pertama ini begitu menghiburkan dengan jumlah 6 gol telah dijaringkan dalam masa 90 minit perlawanan berlangsung. Jerman mendahului seawal minit keenam apabila "midfielder"nya, Philipp Lahm merembat deras dari sempadan kotak penalti, tepat ke penjuru kanan gol Costa Rica. Miroslav Klose, penjaring utama Jerman dalam Piala Dunia 2002 di Korea & Jepun, yang kebetulan menyambut hari lahirnya ke-28, menyumbat 2 gol manakala Torsten Frings, seorang lagi "midfielder" utama Jerman menjaringkan 1 gol, juga melalui rembatan deras di minit2 akhir perlawanan.

Alhamdulillah. Pasukan kegemaran aku ini berjaya mencatatkan kemenangan sulung, atau lebih tepat kemenangan moral yang mampu membakar semangat untuk berjuang berhabis-habisan dalam perlawanan seterusnya. Walaupun tanpa kelibat Michael Ballack yang tercedera, Jerman mempamerkan satu corak permainan menarik, ada kreativiti, keberanian dan tidak terlalu disiplin atau menitikberatkan keupayaan bermain secara taktikal seperti diamalkan oleh jurulatih terdahulu seperti Rudi Voeller dan Berti Vogts. Pemain2 baru seperti Lahm, Frings, Scheneider, Schewensteiger, Podolski, Klose dan lain-lain lagi nampak begitu menyerlah dan berbakat besar.

Cuma, pertahanan perlu dimantapkan lagi agar dua gol bolos dengan mudah tidak berulang dalam perlawanan seterusnya. Jens Lehmann kurang agresif seperti Oliver Kahn di pintu gol. Tiada karekter. Semoga Jurgen Klinsmann dapat merencana strategi taktikal memantapkan pertahanan untuk perlawanan seterusnya menentang Poland ada Ecuador. Dia perlu membaiki teknik perangkap "offsaid" yang ternyata gagal berfungsi dengan baik sehingga Paulo Wanchope berjaya melepasinya dan menjaringkan 2 gol untuk Costa Rica. Kedua-dua pasukan ini (Poland & Ecuador) tidak susah untuk diratah oleh Jerman, seperti apa yang mereka lakukan pada Costa Rica.

Aku jangkakan Jerman akan mara ke peringkat suku akhir tanpa sebarang masalah.

Keputusan perlawanan lain : Poland 0 Ecuador 2 - Aku tak tengok perlawanan ini, tapi ia satu keputusan "upset" kerana sebelum ini, Poland pernah membenam Ecuador dengan jaringan 3-0 pada satu perlawanan persahabatan. Ramalan awal aku yang menyatakan Poland akan menang juga meleset. Adakah kerana kesan lantaran mereka menggugurkan Jerzy Dudek sebagai penjaga gawang utama? Aku pun tak pasti... hehehehe...

Comments