9"P" untuk rumahtangga bahagia

Aku dapat daripada seorang sahabat lama... mula-mula 8P, kemudian jadi 9P... Apakah P satu lagi tu? Teruskan membaca!!!

---------------------------------------------------------------------------
8P alam berumah tangga kata Siti Nur Bahyah; diculik dari Harian Metro online...

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P seterusnya mewakili 'persefahaman' kerana kesibukan kerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yangboleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tapi bagi aku ado so lagi P, P hok last skali nih paling penting, P nii laa hok akan meredakan tekanan perassan (kalu ada laa) untuk si suami; aku ada terbaca 2/3 minggu lepas dale paper, berkenaan pasal study"tekanan perasaan" org jate, satu cara utk lepaskan tekanan ni ialah dgn senggama...jadi P hok aku ingin tamboh ialah 'persenggamaan' @ 'persetubuhan' @ apa2 imbuhan "pe" utk yg sewaktu dgnnya.. apa guna kalu berumah tangga pastu si suami pulak kurang siuman.. ;-)

secebis nota ringkas utk dibawa pulang:
1. `puji'
2. `peluk'
3. `penghargaan'
4. `perhatian'
5. `persefahaman'
6. `pergaulan'
7. `percutian'
8. `permohonan'
9. `persetubuhan' bukan `pertubuhan'

Comments