Menjadi ibu bapa yang baik

Tadi, selepas bertemu dengan klien yang melawat ke pejabat ku pagi tadi, kami pergi ke gerai mamak berhampiran untuk minum teh tarik.

Dalam pada bersembang topik2 lain selain daripada isu bisnes, kami berbual panjang lebar mengenai peranan ibu bapa dalam mendidik anak2 zaman sekarang yang penuh cabaran.

Aku berjaya "mengorek" dan "belajar" tips serta panduan bagaimana orang bukan Melayu mendidik anak-anak. Aspek utama yang ditekankan ialah "DISIPLIN". Membentuk disiplin diri anak-anak serta jatidiri mereka. Menurut beliau, anak-anak kecil perlu diasuh dan didisiplinkan antara umur 2 hingga 8 tahun, mengikut pakar motivasi dan pembangunan kanak-kanak.

Mereka perlu dididik dan dibudayakan dengan cara hidup penuh disiplin ketat, seperti belajar, tidur awal, kurang menonton televisyen, kurangkan bermain dengan rakan-rakan, kawal pemakanan, kawal pergerakan mereka ketika keluar bersiar-siar, didik mereka mencintai buku, kenali rakan-rakan sepermainan dan sepersekolahan mereka.

Ibu bapa perlu lebih tegas dan garang dalam menangani kerenah anak-anak. Biar nampak susah sekarang, jangan susah kemudian. Ini semua untuk kebaikan dan masa depan mereka. Melabur dan menyimpan untuk pendidikan tinggi mereka. Ajar cara hidup susah dan jika inginkan sesuatu, mereka perlu berusaha bagi mendapatkannya, seperti bekerja/menjalankan beberapa kerja rumah untuk "reward" dari segi wang, masa lapang dan rehat.

Nampak cara pendidikan orang bukan Melayu amat rigid dan tegas. Ada juga yang berkesan, dan ada pula yang gagal, ia bergantung pada pelaksanaan dan kasih sayang yang dicurahkan pada anak-anak.
Cabaran masakini adalah cabaran luaran (external) seperti pengaruh rakan sebaya, budaya hedonisme, hiburan tanpa batasan, Internet, dll lagi. Itu yang susah nak kawal anak-anak sekarang.

Kalau dalam Islam, asas agama itu menjadi prasyarat penting dalam pendidikan anak-anak. Itu adalah pelengkap pada teknik2 yang dikongsi oleh klien aku tadi. Jika diimplimentasi dengan baik, keberkesanannya akan lebih terserlah.

Menarik juga bersembang dan berkongsi idea nih...

Comments