Pindah...



International Plaza - the new residence

Alhamdulillah, aku sekeluarga telah selamat berpindah ke kediaman baru di sini. Setelah 1 tahun tinggal di The Corinthians (bagi memenuhi tuntutan kontrak sewa sebelum ini), kami mengambil keputusan untuk mencari kediaman baru bagi :"tukar angin" serta mendapatkan kediaman yang lebih hampir dengan kemudahan setempat. International Plaza ini menawarkan sewa yang lebih murah, moden, lebih "privacy" & eksklusif, "no-pet policy", lokasi strategik, pemandangan yang tidak kurang menariknya, dan faktor yang terbaik - apartment ini hanya di sebelah pejabat! :P

Cabaran sekarang adalah mencari perabot yang sesuai dan menghiasinya dengan lebih kemas, simple dan modern look. Aku suka suasana yang ringkas, kontemporari dan praktikal. Banyak juga yang dilaburkan untuk menambah baik suasana di rumah baru. Aku kena berdikit2 dan take things in bits & pieces at a time. Bukannya mudah. Angkat barang dari kediaman lama - masukkan dalam temporary storage (kerana ada gap dari tempoh sewaan) - bawa keperluan harian ke pejabat, angkat barang dari hotel ke kediaman baru, angkat barang dari pejabat ke kediaman baru, mover bawa masuk barang dari stor, kemas barang (unpacked), recycling items, menyesuaikan diri dgn new facilities and environment, dan paling wajib dilakukan - doa selamat semoga rumah ini sesuai didiami, aman damai dan tiada sebarang gangguan, terpelihara dari sebarang bala bencana.

Alhamdulillah, Allah SWT telah permudahkan perjalanan dan pengalaman kami, walaupun terdapat banyak cabaran, kami berjaya tempuhi dengan tabah serta redha. 

Semoga kami sekeluarga dapat hidup dengan lebih aman damai dan enjoy the rest of our stay in NYC. The city never sleeps!    

Comments

pak wan said…
looks nice.. yg dekat dengan pejabat tu yg mahal tu.. bolehle balik makan lunch hehe...

post la gambar bila dah furnish ala-ala eric ek.. mesti lawa :)
Shahrulmiza said…
Syok betul dok sebelah office. Can work anytime, nak ke office anytime, nak balik anytime, semua anytime... hehehe.. wish kalau kat KL pun duduk sebelah office.. :P

Impian nak furnish ala2 moden gitu. Masih mencari idea on home improvement.