Ramadhan kini menghampiri penghujungnya. Kebanyakan umat Islam di Malaysia sudah mula membuat pelbagai persediaan untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang.
Aku di sini, di perantauan pada tahun ini, pada kali ini tidak merasa "feel" untuk menyambut raya seperti tahun-tahun sebelum ini. Tak sama mcm di Taiwan, aku rasa kali ini nak menyambut Aidilfitri di kotaraya New York, USA seakan tiada "aura" dan "roh". Salah satu sebabnya adalah aku tidak dapat mengikuti perkembangan semasa dan mood raya melalui radio online (yang telah ditamatkan siaran Internet). Jika tidak, sambil bekerja, sambil menulis laporan dan memeriksa dokumen2 rasmi, pekerjaanku sentiasa dilatari oleh lagu2 Raya dan celoteh penyampai yang mewar-warkan semangat untuk menyambut raya. Tiada iklan di televisyen, tiada promosi, hiasan, lampu berkelip, pelita, mercun/bunga api, persekitaran yang berlatar belakang kan Aidilfitri. Semuanya seakan tiada apa yang berlaku di bumi US ini.
Namun demikian, aku masih bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak 1434H kali ini dengan lebih tenang, fokus dan konsisten dalam beberapa perkara. Semangat "Productive Ramadhan" yang dilaungkan pada awal Ramadhan yang lalu berjaya didokong walaupun tidak sesempurna seperti yang diidam-idamkan. For me, it was a good starting point dan aku berazam untuk meneruskan agenda ini dalam Ramadhan akan datang, insya-Allah kalau masih dipanjangkan umur.

Comments
cepat puasa kali ni.. jz another 2 days jek nak raya.. wishing u and family walopun tak semeriah Malaysia, still enjoy a blessed and happy eid mubarak.. takpe kawan2 di Malaysia still ingatkan kawan2 di overseas nunnnn time2 raya...
Selamat Hari Raya to you too. Pastinya best di Teganung kite! :D