Catatan Ramadhan 1434H - 04 : Hikmah cabaran di bulan Ramadhan

Ramadhan 1434H kini  memasuki fasa terakhir yang amat penting - 10 malam terakhir.

Kali ini aku ingin mencoretkan sedikit tentang hikmah cabaran yang dihadapi di dalam bulan Ramadhan. Bila melihat catatan aku sebelum ini setiapkali Ramadhan menjelang, ada aje cabaran hidup yang perlu dihadapi. Sebagai contoh, dalam tahun 2009 aku menghadapi cabaran menganjurkan misi perdagangan & pelaburan di Taiwan di dalam bulan Ramadhan. Ia bukan satu perkara mudah, hampir seminggu mengikuti delegasi, menguruskan logistik, menguruskan VVIP dan lain-lain lagi. 

Selepas mengalami pengalaman berbeza setiapkali bulan Ramadhan menjelang, aku merasakan bahawa cabaran yang dilalui adalah berbeza berbanding cabaran di dalam bulan-bulan yang lain. Ini kerana secara psikologi dan juga secara fizikalnya, senarionya berlainan. Semasa kita berpuasa (dan juga selepas berbuka), keadaan tubuh badan kita berada dalam proses "adjustment", terutamanya "maidah" yang menerima makanan/minuman dalam tempoh yg dihadkan. Minda kita pula mempengaruhi aspek psikologi untuk mengeluarkan rasa lapar, dahaga, letih, pening, lemah, penat, mengantuk, sakit badan, dll. 

Justeru itu, apabila keadaan fizikal dan mental kita berada dalam keadaan "kurang selesa" dari kebiasaan, tindakbalas (response) kita pada persekitaran, pada apa yang berlaku, pada tugasan/pekerjaan seharian adalah berbeza. 

Ini juga merupakan satu teknik yang diamalkan oleh tentera (boleh tonton mana2 cerita/filem tentang latihan komando atau US Navy Seal - pasukan komando terbaik dunia) ketika mereka berlatih. Mereka didedahkan dengan situasi yang menyeksakan, kurang makan, dipaksa berlatih tak kira masa, cuaca, kesihatan diri mereka, dibelasah tanpa belas kasihan, dll. Apabila tubuh badan dan psikologi  mereka didedahkan dengan senario luaran yang menyeksakan / tidak selesa, maka tindakbalas (response) mereka juga berbeza. Untuk terus "survive" dan hidupserta melaksanakan misi yang diberikan, mereka terpaksa melakukan apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai.

Dalam konteks berpuasa juga, apabila menghadapi cabaran2 sama ada cabaran kerja, cabaran hidup, dll, maka tindakbalas (response) kita berlainan seperti kebiasaan. Kalau kita betul2 menghayati Ramadhan, kita akan menempuhnya dengan penuh kesabaran, keimanan dan ketakwaan. Walaupun batin kita menjerit, marah atau meradang, kita masih mampu menahan diri dari melakukan tindakan2 luar jangka yang tidak baik. Kita masih mampu menahan kemarahan di samping rasa lapar/dahaga. Kita mampu berserah dan pasrah pada takdir Allah SWT. Kita mampu menerima apa yg terjadi dengan fikiran terbuka dan redha. Kita mampu berfikir secara bijak dan menyelesaikan sebarang masalah dengan baik.

Inilah kelebihan Ramadhan.
Inilah hikmah cabaran di bulan Ramadhan.

Ramadhan membentuk kita menjadi Muslim yang sabar dan redha. 
Ramadhan membentuk kita menjadi Muslim yang patuh dan taat.
Ramadhan membentuk kita menjadi insan yang lebih kuat dan mengeluarkan potensi diri yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. 

Dalam salah satu Risalah Ramadhan tulisan Hafiz Firdaus, diceritakan bahawa tentera Islam mendapat kekuatan emosi yang luar biasa semasa peperangan Badar yang berlaku di dalam bulan Ramadhan. Tentera Islam mendapat semangat luar biasa untuk menundukkan tentera musuh yang tiga kali ganda lebih ramai. Manakala semasa menakluki kota Mekah, tentera Islam amat sabar dan tidak membalas dendam pada tawanan perang sekalipun sebelum itu mereka pernah disiksa. 

Catatan sirah sebegini membuktikan bahawa hikmah cabaran di bulan Ramadhan adalah sesuatu yang perlu kita renungkan dan sentiasa diambil iktibar. Adalah lebih baik jika kekuatan luar biasa seperti ini kita dapat teruskan di dalam bulan2 mendatang, sehingga Ramadhan seterusnya menjelang (sebagai "recharge the spirit"). 

Semoga Allah SWT memberkati apa yang kita kerjakan, dan memberi kekuatan diri dan mempermudahkan laluan kita dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin sukar dan kompleks. Allahu Akbar! 

Comments