Gambar Hiasan : https://www.facebook.com/BeingAmericanByGO?hc_location=timeline&filter=2
Hampir setahun aku berkelana di bumi Amerika ini, semakin luas yang telah aku jelajahi. Semakin ramai orang yang aku temui.
Amerika ini adalah "a land of opportunities". Bukan setakat untuk warganegara mereka, bahkan ribuan (atau ratus ribu, atau jutaan?) warganegara lain dari seluruh dunia datang mencuba nasib mencari sesuap nasi atau berkelana seperti aku (for limited period of time) kerana tugasan rasmi, projek perniagaan atau pelaburan.
Having said that, aku melihat bahawa satu proses "transformasi" (word of the moment) mula berlaku pada mereka yang berkelana di sini. Being American. Transformasi budaya, cara hidup, cara kerja seperti warga Amerika. Makan minum seperti American. Lifestyle seperti American. Berinteraksi seperti American. Bercakap dgn frasa2/terma2 seperti American. Semuanya dipengaruhi oleh budaya Amerika.
Aku rasa aku pun tergolong dalam mereka yang "transformed" (bukan transformers :P) setelah proses asimilasi (lama tak pakai perkataan ni) berlaku. 4 musim telah aku tempuhi. Pelbagai events, senario, suasana telah aku saksikan dan alami.
Refleksi pagi ini - berjalan kaki dari pejabat ke sebuah restoran terkemuka di New York untuk menghadiri acara "breakfast meeting". Seperti dalam filem2 Amerika yang kita tonton di kaca televisyen, aku kini adalah salah seorang dalam ribuan warga Amerika yang berjalan kaki di waktu pagi ke pejabat atau menghadiri acara rasmi/tak rasmi. Berjalan dari satu blok ke satu blok, kalau dalam radius 1-2 batu (1.6-3.2 km) adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan di sini. Cuaca pun baik. Aku pernah berjalan kaki dalam cuaca hampir mencecah paras beku masa musim sejuk yang lepas, pun ramai juga manusia yang berjalan kaki!
Sambil berjalan kaki, biasanya American akan "grab a cup of coffee and a piece of donut/bagel". Sambil menghirup kopi panas yang nyaman, kami berjalan perlahan2 dan berhenti di setiap simpang (jika lampu isyarat warna merah). Masa itu kami akan minum atau makan seketika. Kemudian kami meneruskan perjalanan. Kini, out of 10, 6-7 warga Amerika akan "hook up" kepada smart device (biasanya iPhone, iPod atau other smartphones) untuk melayan lagu, mendengar radio, ada yang mendengar ceramah agama (Kristian) atau kata2 motivasi, atau jika stress layan lah jokes. It is a norm now.
Itu adalah secebis rencam kehidupan di sini. Di bandaraya New York - the city that never sleeps. Siren NYPD, FDNY, Ambulan dll tak putus2. Ada aje kes emergency. Ia bagaikan "lagu" yang didengari setiap hari. Jika aku "outstation" ke bandaraya lain, this will be missed. Hiruk pikuk New York akan dirindui. Gemerlapan lampu neon di Times Square pasti akan terbayang2 di ruang mata.
- to be continued -

Comments