For the record.
Alhamdulillah, Pilihanraya Umum ke-13 selamat berlangsung pada 5 Mei 2013. Secara keseluruhan, ia berjalan lancar, cuma keputusan agak lambat diumumkan (seingat aku last official result pada jam 3 pagi kalau tak silap). Nasib baik semasa memantau perjalanan PRU-13 dan keputusannya, kami 12 jam dibelakang Malaysia.
Kali pertama aku mencatat sejarah tersendiri sebagai pengundi tak hadir (PTH)= undi awal, dan telah mengundi pada 28 April 2013 di pjabat Konsul Jeneral Malaysia di New York, Amerika Syarikat. Aku hanya mengundi kawasan parlimen P115 (Batu) kerana mengikut alamat terkini dalam MyKad. Ini merupakan kali kedua aku mengundi (dalam PRU13), sebelum ini kali pertama aku mengundi adalah dalam PRU11 pada tahun 21 Mac 2004, (manakala PRU12 pada 8 Mac 2008 aku terlepas peluang kerana bertugas di Taipei). Undi adalah rahsia. But I'm happy to be part of the statistics below.
Menurut Suruhanjaya Pilihanraya, peratusan keluar mengundi keseluruhan adalah sebanyak 84.84 peratus.
Overall, I am very happy to participate in the democratic process of Malaysia to elect the member of Parliament for making/amending the law and making critical decisions for the future of the country. Regardless of what people said on the process/how the process has been carried out (which I think can be improved continuously), this is part and parcel of the system that is in place. Kita perlu mengormati "undeng-undeng" (memetik kata Tuan Sadiq Sigaraga) yang sedia ada. Seperti catatan aku tahun 2008, proses pilihanraya boleh dianalogikan sebagai satu pertandingan permainan (game competition). There are rules of the game, there are players, there are umpires/referees and there are spectators. All participants of the game played it to win. There will be winner and there will be loser at the end of the game.
Kepada semua YB (Yang Berhormat) yang terpilih sama ada di peringkat negeri (DUN) atau pun di nasional (Parlimen), selamat berkhidmat untuk rakyat. Balaslah jasa rakyat yang telah memilih anda sebagai wakil di dalam Kerajaan. Bantulah rakyat membina masa depan yang lebih baik di Malaysia. Negara kita bertuah memiliki pelbagai sumber asli, pelabur asing yang banyak, ekonomi yang baik dipacu oleh pelbagai sektor, sistem kewangan, perdagangan dan komunikasi bertaraf global, pembangunan infrastruktur yang pesat hasil kepimpinan terdahulu. Rakyat Malaysia pelbagai kaum dalam masyarakat majmuk semakin matang mindanya dan dididik dengan ilmu pengetahuan, bijak berfikir dan berdaya saing. Ini semua adalah "core competencies" Malaysia. Gembleng lah ia dengan sebaik-baiknya.
Selamat bertugas! Harap PRU-14 (dijangka tahun 2018) aku akan dapat berada di Malaysia to be part & parcel of this process again.

Rujukan : www.spr.gov.my, http://keputusan.spr.gov.my, http://resultpru13.spr.gov.my/, http://www.pru13.gov.my/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_2013
IMBAUAN : Catatan Pasca PRU-12
http://mymegazine.blogspot.com/2008/03/malaysians-have-decided.html

Comments