Belajar dari catatan perjalanan Nafastari dan MawarNafastari

Semalam I came across two interesting blogs as below:

Nafastari
http://nafastari.blogspot.com

Mawar Nafastari
http://www.mawarnafastari.blogspot.com

Bila aku google catatan orang lain tentang kedua-dua blogger suami isteri ini, banyak kisah sedih/menyayat hati yang dicatatkan. One of my juniors who is currently working in Islamabad, Pakistan adalah sahabat baik Nafastari (Allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd). Daripada catatan blog Allahyarham, aku mengagak bahawa Allahyarham adalah seorang PTD yang bertugas di High Comm Malaysia di Pakistan (correct me if I'm wrong). Buku yang dihasilkan daripada catatan blog beliau bertajuk "Diari Seorang Diplomat". I must buy that book.

Pada pandangan aku yang amat memahami cabaran dan permasalahan semasa bertugas di luar negara, catatan Allahyarham memang amat mengesankan dan menusuk sanubari. Bukan setakat masalah menyesuaikan diri dengan senario sekeliling yang berlainan dan mencabar, malah menguruskan diri dan keluarga, juga tidak kurang hebat cabarannya, contoh mencari rumah sesuai, mencari makanan, tak semua makanan/minuman kita boleh consume (sebagai Muslim), dll.

Bila refleksi kembali pada diri ini, aku rasa kadang2 rugi juga tak mencoretkan pengalaman aku di bumi US ini (yang bukannya sedikit) dan banyak juga yang menarik. Masa mula2 datang dulu, bersemangat juga, tetapi lama kelamaan semangat untuk mencoret ni menjadi pudar... tak tahu kenapa. Living in NYC pun tak seseronok living in Taiwan dulu, walaupun cabaran hidup di Taiwan lebih hebat dari NYC, terutama dari segi makanan, bahasa dan juga cabaran kerja.

Walau bagaimana pun, mengambil iktibar dari blog Nafastari dan Mawar Nafastari, aku akan cuba sedaya upaya mencatat perjalanan hidupku di US ini, apa yang aku belajar, lihat dan alami sendiri dalam usaha mempromosikan negara di sini. Bukan mudah untuk "menjual" nama Malaysia di sebuah negara maju yang cukup lengkap serba serbi ini, lebih moden dan masih lagi bergelut dengan kelembapan ekonomi tidak seperti zaman 90an atau awal 2000 dulu, sebelum tragedi September 11. Namun peluang kita masih ada "here and there", dalam konteks "niche areas" dan juga produk yang inovatif untuk masa hadapan.

Untuk berjaya di US, ia memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa mengenal penat dan jemu, kekal kompetitif dan menepati keperluan/kehendak pasaran. Perlu ada saiz yang besar untuk jadi kompetitif, atau jika anda kecil hanya perlu fokus pada smaller niche areas.

Comments

pak wan said…
sedih dengar cerita nafastari.. from the blog entry, mcm dia seorang yg berseni...

ya definitely, boleh buat series as well as kenangan too! A Malaysian in ... series, Taiwan n New York dah ada :)

Silap2 boleh buat pasif income book royalty $$$$$
Shahrulmiza said…
Hehehe... bunyinya mcm menarik... tapi takkan nak tunggu bila dah "pergi" baru ada org kenang... kita ni biasalah... masih hidup ni tidak bernilai... tetapi bila dah kembali ke sana, barulah org nak ingat dan menghargai apa yg kita buat... sebab tu ada pepatah, manusia mati meninggalkan nama... huhu
pak wan said…
rasa yr penulisan perhaps the up and down living overseas as well as niche area for other Malaysian travel.. skrg nih mmg trend, buat blog pasal kehidupan.. and then transfer to hard copy format..

haha.. a Malaysia in Taiwan - an anecdote.. ok ape.. citer cultural difference... funny stories,good restaurants and such.. RM25 per book laku nih boss... :)
Shahrulmiza said…
terima kasih share some very important ideas on the areas to focus.. memang pengalaman itu sukar untuk diceritakan setiap baris/bait. Tetapi ia boleh dirangkumkan mengikut topik2 tertentu.

Wahh... mcm enterprising pulak.. oklah boleh dibuat as one of backup plan kalau nak "jump out from the ship" nanti... :P