Apabila musim perayaan menjelang, aku selalu mencari idea2 baru yang segar dan relevan bagi memeriahkan suasana dengan bingkisan ucapan dari seberang laut. Biasanya, untuk Tahun Baru Cina, semenjak di Taiwan lagi aku gemar menggunakan konsep grafik setem pos. Ia juga menjadi simbol kenang-kenangan, dan meningatkan kita bahawa fungsi setem masih relevan sebagai simbol kos pos dokumen, walaupun kini trend semasa lebih kepada penghantaran e-card melalui e-mel, cepat, tiada kos dan pantas.
Di USA juga, USPS (syarikat pos rasmi negara ini) tidak ketinggalan memeriahkan musim Tahun Baru Cina dengan setem kenang-kenangan (commemorative). Tahun ini, sempena tahun ular, mereka menggunakan grafik mercun berwarna merah. Ilustrasi ini dihasilkan oleh Kam Mak, seorang penggiat seni kelahiran Hong Kong yang kini menetap di Brooklyn, New York. Nampak "simple", tetapi menarik dan unik.
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan yang berbangsa Cina di seluruh dunia. Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Ler.

Comments