Smacking fours and sixes

Idola "smack" guy - Chris Gayle (West Indies)- Gambar Hiasan

Dalam tugas dan juga kehidupan, kadangkala kita terpaksa mengambil "calculated risk" dan "memberanikan diri" untuk melakukan sesuatu diluar daripada kebiasaan, tetapi masih dalam kemampuan diri. 

Sebagai contoh, semasa tragedi Superstorm Sandy yang melanda New York pada 29 Julai ini telah menyebabkan aku terpaksa menapak turun sebanyak 694 anak tangga dari tingkat 56 ke bawah, bersama ahli keluarga. Kami terpaksa berpindah keluar dari rumah hampir seminggu bagi tujuan keselamatan diri dan juga "survival" akibat terputus bekalan elektrik, air dan gas. Alhamdulillah kami semua selamat dan belajar dari survival ini. Dalam kami kelam kabut hidup sehelai sepinggang, KL pula menuntut satu laporan lengkap yg perlu disiapkan dalam masa 1 hari bekerja! I really push myself to the limit. 

Baru-baru ini, aku mengambil risiko dalam peluang untuk menjadi ahli panel dalam sebuah forum di Washington DC. Walaupun kurang bersedia dan masih mentah dalam "market" ini, Alhamdulillah aku berjaya mengharungi cabaran selama 1 jam setengah forum tersebut berlangsung, dengan dihujani pelbagai soalan, termasuk soalan sensitif yang perlu ditangani dengan berhemah. 

Aku teringat aksi pemain berpengalaman West Indies (WI) dalam World Cup T20 baru-baru ini, beliau memang seorang yang cukup matang, mengambil pendekatan "calculated risk" dan pada yang sama sentiasa berani untuk memukul bola sederas-derasnya, sama ada mendapat catatan "four" (boundary) ataupun "six" pukulan terus keluar dari padang permainan (ada yang sempat ditangkap oleh penonton!). Gayle adalah tonggak kejayaan WI merangkul kejuaraan Piala Dunia T20 buat kali pertama dalam sejarah sukan kriket mereka. 

Peristiwa2 sebegini mengajar aku banyak perkara. Memberikan pengalaman yang cukup berharga. Kehidupan ini bukannya mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Walaupun berlatarbelakangkan kota tersohor di dunia, namun ia tetap tak seindah yang dilihat dari kaca televisyen atau layar perak. Bermusafir di mana2 sememangnya mencabar dan tidak sama dengan keselesaan yang dikecapi ketika di kampung halaman. Apa yang penting kita perlu menghadapinya dengan tabah, terbuka dan sesekali bertindak di luar kebiasaan, pushing to the limit, smacking fours and sixes. Be the saviour of the moment.  

Salam Maal Hijrah 1434.  

Comments

pak wan said…
perghhh.. wow.. amat kagumm :)