Menuju ke puncak

Sumber gambar hiasan : ©Mk Azmi 2010 All Rights Reserved. 

http://www.flickr.com/photos/azmi5245/5153599217/


Menuju ke puncak adalah tema catatan kali ini. Apa yang sedang berlaku sekarang adalah menjurus kepada "menuju ke puncak". Atau "towards the peak" dalam bahasa Inggeris.

Kehidupan seharian seakan gambar hiasan di atas, di mana kita mendaki beberapa anak tangga setiap hari, ataupun satu anak tangga boleh melambangkan satu hari perjalanan. Destinasi nya adalah puncak, tetapi seperti juga bila kita mendaki gunung, puncaknya masih berbalam dari pandangan walaupun kita tahu kita sedang mendaki ke sana. Kadang-kadang kabut masih menyelubungi puncak menyebabkan visi kita masih kurang jelas.

Khalayak masih memandang kepada gambaran sejarah/gambaran asal puncak tersebut (seperti yang dirakamkan di mana2 media), tanpa berfikir atau meneliti, realiti terkini puncak itu mungkin tidak sama seperti dalam gambaran silam. Persepsi khalayak tidak mampu kita ubah, setiap orang ada kaca mata tersendiri dan "worldview" berdasarkan tahap pengetahuan / pengalaman masing-masing. Namun, kita tak boleh membiarkan persepsi khalayak mempengaruhi persepsi kita, kerana kita juga ada "worldview" serta prinsip kita sendiri, acuan kita sendiri dan tahap pengetahuan / pengalaman sendiri.

Dalam pendakian ini, kita hanya mampu merancang, berusaha, bersiap siaga dan berdoa, agar perjalanan kita lancar dan selamat tiba di puncak. Kita perlu fokus dengan denai di hadapan, anak2 tangga yang kita daki saban hari, melihat sekeliling bagi memastikan tiada halangan / masalah timbul. Setiap langkah adalah penting, setiap hela nafas perlu dikawal supaya kita tidak termengah-mengah semasa proses pendakian ini.

Teruskan pendakian ke puncak! :D

Comments