Wang Pemangkin Motivasi?

Adakah wang pemangkin motivasi? Secara tiba-tiba persoalan ini bermain di benakku. Mungkin kerana sejak kebelakangan ini aku sedang mengkaji apakah yang perlu dijadikan sebagai pemangkin motivasi di masa akan datang.

Manusia memerlukan motivasi untuk menggerakkan daya dan upaya mereka dalam melaksanakan sesuatu. Rangsangan motivasi boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dan cara, mengikut selera dan kemahuan seseorang itu.

Menurut pendapat pakar motivasi, wang atau duit merupakan antara pemangkin motivasi yang terbaik, terutama di dalam sektor pekerjaan profesional. Dikatakan semakin tinggi imbuhan wang, semakin tinggi motivasi yang boleh dijana pada seseorang itu.

Adakah ia benar? Kalau dilihat dari banyak contoh peristiwa di dunia ini, ada benarnya. Wang memang pemangkin motivasi, terutama di kalangan masyarakat yang mengutamakan materialistik. Ada wang, semua jadi. Kalau ditaburkan wang, kerja akan berjalan dan dilaksanakan. Lebih banyak wang diberikan, lebih cepat kerja dibuat serta disempurnakan dengan jayanya. Ada sesetengah orang menyamakan wang sebagai "minyak pelincir" yang melicinkan pembakaran "enjin". Tanpa minyak pelincir, enjin tidak akan beroperasi dengan lancar dan efisien.

Jika demikian, ini nampak menjurus kepada amalan rasuah. Semua orang tahu tentang amalan ini dan kaitannya dengan rasuah. Aku tidak mahu mengulas panjang kerana itu merupakan dimensi yang lain terhadap penggunaan wang.

Berbalik kepada wang sebagai pemangkin motivasi, sebagai contoh sekiranya kita menyuruh pekerja kita melakukan sesuatu tugasan yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang banyak, maka wang mungkin menjadi pemangkin motivasi kepada mereka untuk bekerja keras, umpamanya "overtime" atau imbuhan (bonus).

Wang juga diperlukan dalam melaksanakan projek/program promosi, contohnya aktiviti pemasaran dan pengiklanan. Kalau tiada peruntukan wang, adalah mustahil aktiviti sebegini dapat dijalankan dengan efektif. Dunia pemasaran kini dikuasai oleh wang sebagai pemangkin untuk pelbagai aktiviti menarik pelanggan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Penjual akan lebih bermotivasi untuk sekiranya syarikat mereka membelanjakan sejumlah wang untuk menjalankan program menarik pelanggan baru atau mengekalkan pelanggan sedia ada. Ditambah lagi dengan imbuhan khas seperti bonus sekiranya sasaran dicapai, ini juga akan meningkatkan lagi motivasi pekerja syarikat berkenaan.

Di dalam keluarga, wang juga boleh dijadikan pemangkin motivasi kepada anak2 untuk melakukan kerja rumah atau tugasan pelajaran mereka. Biasanya ibu bapa akan memberikan habuan wang kepada anak2 yang berjaya dalam peperiksaan atau telah melakukan kerja2 rumah mereka dengan sempurna. Namun demikian, ibu bapa haruslah berwaspada dan tidak menjadikan wang sebagai habuan sepanjang masa. Kita tidak mahu mendidik anak2 untuk menganggap wang sebagai sasaran hidup mereka. Wang hanyalah pemangkin motivasi, bukan matlamat atau penyelesaian kepada semua perkara.


Walau apa pun perspektif atau pendapat tentang wang sebagai pemangkin motivasi, wang bukanlah segala-galanya. Wang tidak dapat membeli semua benda di dunia ini. Benda yang bersifat "intangible" tidak dapat dibeli dan dinilai dengan wang. Wang tidak dapat membeli kasih sayang, cinta, perasaan, dll. Sebanyak mana pun wang ditaburkan, ia belum tentu menjamin kasih sayang, cinta, perasaan, dll itu berkekalan, walaupun impak segera (dalam jangkamasa singkat) boleh dilihat.

Comments

'ndot said…
Bro,
workwise, sufficient budget to run effective promotion is essential.
on personal note,a simple note via emails or snailmails from 'the one'pun boleh keep me going plus doa from family & kawan2- priceless!
Shahrulmiza said…
agree with ur opinion.
sebenarnya tulisan ni banyak maksudnya, esp yg workwise tu, purposely included... hehehe...

yes, there are many ways and means to motivate... for this one, just on money only... others will be considered for future topics... hehe