The Mother Nature is sick!

Fenomena bencana alam telah melanda beberapa kawasan di Asia Tenggara (banjir dan taufan di Filipina & Vietnam), gempa bumi di Indonesia, tsunami di American Samoa dan di Taiwan, gempa bumi dan typhoon juga telah/akan melanda sepanjang hujung minggu yang panjang ini sempena cuti mooncake festival.

Pada pengamatan aku, bumi yang kita diami masa kini semakin tenat dan tidak sihat. Simptom penyakit alam yang menyebabkan perubahan cuaca dengan mendadak, bencana alam dan berlakunya pelbagai fenomena yang tidak disangka-sangka merupakan petanda yang jelas.

Semoga kita semua berhati-hati dan berwaspada selalu. Jangan lupa kepada pencipta sekalian alam, kerana semua ini terjadi dengan keizinan-Nya jua...

Comments