Tragedi Morakot - Laporan & Angka Rasmi

Sehingga semalam (19 Ogos):
  • Angka korban rasmi : 136 orang
  • Dilaporkan hilang : 386 orang
  • Kecederaan : 45 orang

Ratusan masih dikhuatiri hilang, terperangkap dan terkorban di dalam banjir dan timbunan lumpur di kawasan pergunungan.

Bekalan elektrik dan air bersih ke lebih 11,000 penduduk di Tainan, Kaohsiung dan Pingtung masih terputus. Lebih 2,000 talian telefon dan 124 stesen "mobile" masih mengalami kerosakan.

Beberapa kampung di Pingtung County masih mengalami banjir sehingga paras 0.7 meter. Seramai 24,000 orang telah dipindahkan akibat taufan morakot ini di 51 buah pusat penempatan sementara.

Kerugian terhadap sektor pertanian dianggarkan mencecah NT13 billion (RM1.3 billion), di mana kawasan tanaman di Pingtung, Kaohsiung dan Tainan paling teruk dilanda kerosakan. Sektor akuakultur di ketiga-tiga County mengalami kerugian kira-kira NT4.1 billion (RM410 juta).

Sebanyak 550 misi menyelamat melalui udara telah dilaksanakan sepanjang 10 hari semenjak berakhir taufan morakot, dengan mengangkut 308,031 kg bantuan kemanusiaan, 1,622 anggota penyelamat dan berjaya mengeluarkan 9,033 mangsa terselamat serta 17 mayat.

SUMBER: Central Emergency Response Centre, Taiwan

Comments