Permulaan Ramadhan 1430H

Alhamdulillah, Ramadhan 1430H telah selamat dilewati. Alhamdulillah, permulaan Ramadhan kali ini dilalui pada hujung minggu. Alhamdulillah, Ramadhan ini disambut secara sederhana tapi meriah bersama keluarga tersayang.

Namun, cabaran pra-Ramadhan yang melanda keluargaku agak getir untuk ditempuhi, di mana anak sulungku didapati positif influenza A. Bila aku membuat sedikit carian dan rujukan di Internet, rupa-rupanya terdapat banyak jenis virus dalam kategori Influenza A. H1N1 adalah antara jenis virus terbaru yang dikesan. Doa dan harapan aku agar keadaan beliau tidak melarat dan tidak menjangkiti ahli2 keluarga yang lain. Kami perlu lebih berdisiplin dalam pencegahan dan penjagaan kesihatan.

Bahang tugasan dalam bulan Ramadhan ini semakin hangat dirasakan. Apa yang penting, aku perlu menjaga 2 perkara utama iaitu kesihatan fizikal dan kesihatan mental serta melakukan lebih banyak persediaan/groundwork.

Ramadhan kali ini juga, seperti tahun2 lepas akan dihadapi secara sederhana tetapi penuh dengan pengisian2 yang bermanfaat. Semoga aku diberi kesihatan terbaik, kekuatan minda dan kekal istiqamah dalam amal ibadah.

Selain daripada itu, aku serahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Apabila usaha telah dilakukan, maka tawakkal adalah yang terbaik.

Selamat menunaikan ibadah puasa!

Comments

pak wan said…
selamat berposa!! jaga2 kesihatan keluarga!!
Shahrulmiza said…
TQ Ojah... kesihatan memang penting... kalau tak sihat, semua benda tak boleh buat...