Lama rasanya tak membuat refleksi di atas sesuatu kejadian yang berlaku di dunia masakini.
Seluruh dunia gempar dan memberikan pelbagai reaksi apabila virus "selsema babi" (swine flu), dan kini dinamakan H1N1 menyerang dan merebak, menyebabkan kematian (angka terkini - 31 orang) dan sebanyak 1,767 kes positif H1N1 dilaporkan di 21 negara. Alhamdulillah virus ini belum menular ke Taiwan dan juga Malaysia.
Pengalaman pahit rantau Asia semasa merebaknya virus SARS, avian flu dan wabak penyakit berjangkit lain menyebabkan Kerajaan setiap negara terpaksa mengambil langkah proaktif dan pencegahan yang serius bagi mengekang virus tersebut merebak ke negara masing2. Kadang2, tindakan pencegahan sebegini seakan menyusahkan orang ramai, menjejaskan aktiviti ekonomi dan memberikan impak negatif kepada imej sesebuah negara.
Beginilah senario yang terpaksa ditempuh, apabila musibah melanda. Masing2 cuba menyelamatkan diri dan mengelakkan diri dari dijangkiti. Ketakutan dan kekhuatiran di kalangan orang ramai meningkat. Apabila aku lihat reaksi spontan rakan2, semua melahirkan kerisauan terhadap wabak yang masih menular ini. Kadang2, ketakutan dan kerisauan yang ditunjukkan seakan tidak berasas, ironik dan bersifat panik.
Apa yang penting, hikmah sesuatu musibah melanda kehidupan manusia, harus kita renungi dan insafi. Ini semua adalah ujian dan dugaan daripada Allah SWT, untuk meningkatkan kesabaran serta keimanan hamba-Nya.
Aku berdoa agar musibah ini segera berlalu, demi kesejahteraan dunia sejagat. AMIN!
RUJUKAN:
- Surah Al Baqarah (155-157)
- Surah Ar Rum (41)
- Surah Al A'raf (96)

Comments