Sense of urgency

"Sungguhpun saya nyatakan bahawa pentakrifan integriti yang komprehensif bukan setakat tidak terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, ianya adalah suatu komponen yang amat penting. Dalam hubungan ini, seseorang pegawai mungkin telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang, yang responsif serta mempunyai “sense of urgency” dalam melaksanakan tugasannya. Seseorang pegawai mungkin juga telah memberikan sumbangan yang besar dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan jabatannya. Namun, sekiranya pegawai tersebut terlibat dengan amalan rasuah di mana integriti beliau dipersoalkan, maka pegawai tersebut tetap akan dikenakan tindakan."

Petikan Ucapan YBhg Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan
Ketua Setiausaha Negara
http://www.pmo.gov.my/ksn

Begitulah gesaan pemimpin no.1 perkhidmatan awam Malaysia kepada semua penjawat awam. Secara dasar dan prinsipnya, aku bersetuju dengan saranan Tan Sri KSN. Diharapkan semua penjawat awam berjumlah 1.2 juta orang menghayati aspirasi beliau, ke arah menjadikan sistem penyampaian Kerajaan yang profesional, cekap, efisien dan membantu rakyat keseluruhannya.

Aku hendak menyentuh satu aspek sahaja - "sense of urgency" yang diwar-warkan oleh Tan Sri KSN. Dalam keghairahan setiap warga penjawat awam melaksanakan dan menghayati "sense of urgency", seringkali mereka ini "menyalahguna" atau "memberi tanggapan salah" terhadap konsep "sense of urgency".

Adakah "last minute work" = sense of urgency?
Adakah "yesterday's deadline" = sense of urgency?
Adakah "conflicting deadlines" = sense of urgency?

"Sense of urgency" menyebabkan "excessive stress".

"Excessive stress" is bad for everyone's heath. It will give negative impact to the psychology and behaviour of a worker, thus resulting in negative output / unable to achieve desired results.

Pada pendapat aku, "sense of urgency" oleh Tan Sri KSN bermaksud, jangan tangguh kerja (procrastination). Jika ada emergency, handle the issue in emergency (urgent way). Jika prosedur lama sesuatu urusan Kerajaan menyusahkan klien (rakyat), maka kita perlu terapkan "sense of urgency" untuk memperbaiki/menambahbaik prosedur tersebut, supaya klien kita gembira.

Hmmmm....

Comments

pak wan said…
wah.. bersemangat betui topic masuk blog hehehehe... tapi betui la, unfortunate but tru, sometime mgnt just target performers (eg org yg rajin) to do job.. esp. in time of past deadlines, tapi yg wat bodo tu camana? lepas gitu je ker? food for thought..
Shahrulmiza said…
Tak nak lak food for thought. Nak real food from Teganung kite... hehehehe...

Well, saja je melontarkan cetusan perasaan. Rasa malas nak mengulas pasal sapa rajin, sapa tak rajin, sapa wat bodo, sapa wat tak bodo... hahahaha... itu semua rejeki dan tanggungjawab masing2. Sendiri jawab ekk... hehehe...

Tapi nak gak try wat bodo seround dua... atau banyak round pun takpe... hehehe...