Last Minute Culture

Budaya kerja "Last Minute" ni semakin sinonim dalam kehidupan dan pekerjaan aku. Semenjak "berkenalan" dengan istilah ini while in "Koleq", nampaknya aku tidak dapat lari daripada budaya ini. Walaupun azam aku tahun ini untuk lebih organised, structured and avoid last minute work, namun aku tak dapat mengelakkan ia dari berlaku.

Dekat UK khabarnya ada satu special e-commerce site yang cukup popular, LastMinute.Com yang menjual pakej pelancongan, tiket kapal terbang, sewa bilik hotel, sewa kereta dll lagi kepada manusia-manusia yang suka buat benda "last minute". Ia memang popular di kalangan pengguna Internet di UK dan Eropah. Begitulah kesan/impak "Last Minute" di kalangan manusia.

Pada pendapat aku - "last minute" or some people say "eleventh hour", etc etc, adalah sesuatu senario yang tidak dapat dielakkan kerana ada unsur "emergency" atau "kejadian luar jangka" (unexpected, unplanned, unprecedented). Ia sepatutnya bukan dijadikan budaya, kerana emergency itu bukanlah sesuatu yang dirancang, diharap atau diatur. Ia adalah perkara terakhir yang sepatutnya terjadi, dan sepatutnya dielakkan sedaya upaya mungkin. Sekiranya semua perancangan dan pelan telah disusun, gerak kerja telah dilakukan, tapi unsur "luar jangka" tetap berlaku (dengan izin Allah SWT), maka kita perlu redha dengan ketentuan-Nya.

Kalau kerja yang sentiasa diperlukan untuk dibuat secara "last minute", ini bermaksud kerja yang tiada perancangan, ad hoc in nature, tidak sistematik. Bila teringat, baru nak mintak, dan konsep "sense of urgency" digunakan sewenang-wenangnya untuk memastikan kerja disiapkan. Akibatnya, kerja sedia ada terpaksa diketepikan, balik lewat, stay up, lupakan cuti yang dah dirancang dan pada masa yang sama, stress level bertambah. Yang tak sakit jantung pun boleh kena heart attack.

Comments

Faisal said…
Miga, Askm
what if we plan all our works to be done at the last minute.. well, ur schedule is still organized isn't it??? hahaha

Aku kalau buat kerja last minute lagi banyak idea, lagi cekap dan pantas.. haha.. kalau buat awal2 otak tumpul la, takde ilham la, tak reti buat keje dalam keadaan tenang a, kena kelam kabut jugak baru best.. macamana tu??
Shahrulmiza said…
Salam Faisal,

You have a point there. Sesetengah orang mcm Faisal lebih selesa dan lebih cekap apabila bekerja last minute (or perhaps work under pressure). Itu semua pilihan masing2 mengikut keselesaan dan caragaya bekerja masing2. There is no perfect solution.

Sesetengah kerja memang perlu dilakukan last minute. Sesetengah kerja pula perlu dirancang dan mesti ada had, jangan selalu "over the limit" dan terlalu fleksibel dengan last minute changes. Penat dan stressful beb! Hehehehe...