Satu lagi sejarah tercipta!
MATRADE Taipei telah dipilih bersama dua lagi pemamer untuk menerima anugerah "Green Exhibit Design Award" dalam pameran perdagangan MEDIPHAR Taipei 2008 (www.mediphar.com.tw). Anugerah ini diberikan kepada pemamer terbaik yang menampilkan bahan pameran, kelengkapan dan peralatan serta konsep paparan yang mesra alam.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada Uniplan sebagai kontraktor rasmi MATRADE Taipei dalam merealisasikan wawasan dan objektif kami menyertai pameran ini untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan dalam sektor perubatan, peralatan serta kelengkapan yang berkaitan daripada Malaysia.
Tahniah kepada semua warga MATRADE Taipei yang telah bekerja keras untuk menjayakan MEDIPHAR 2008. Ini adalah simbol semangat sepasukan, keyakinan dan profesionalisme yang tinggi yang ditunjukkan oleh mereka.
Link: http://download.taipeitradeshows.com.tw/2008/Mediphar/Me2.pdf
Comments
congrats, again ;p