Typhoon Jangmi

Hari ini, 29 September 2008, diisytiharkan sebagai hari cuti kecemasan di Taiwan kerana dilanda Typhoon Jangmi. Selepas Sinlaku kira-kira 2 minggu lepas, Jangmi pula menjengahkan diri. Agak kuat angin dan hujan. Aku telah merasa memandu dalam angin kuat, dan ranting, dedaunan berterbangan, pokok tumbang. Ngeri juga rasanya, takut2 kalau ada objek melayang melantun mengenai kereta yang aku pandu. Sekali sekala, terasa "melayang" kerana tiupan angin kuat.

Comments