Ramadhan 1429H semakin ke penghujungnya. Umat Islam akan mengakhiri ibadah puasa kira-kira kurang 4 hari daripada sekarang.
Di Malaysia, aku dengar cerita daripada rakan-rakan dan sanak saudara bahawa suasana menyambut Aidilfitri semakin dirasakan. Walaupun dengan landskap ekonomi global serta tempatan yang tidak menentu, warga Malaysia masih menyiapkan diri mereka untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang. Ramai yang mula pulang ke kampung hujung minggu ini. Tak kurang yang meneruskan persiapan terakhir untuk berhari raya di bersama kaum keluarga dan sanak saudara yang telah lama tidak bersua. Di kampung aku, suasana Aidilfitri nampak kurang ceria kerana adik beradikku tidak berkumpul bersama-sama pada tahun ini. Masing2 akan menyambut Hari Raya bersama keluarga masing-masing.
Manakala di Taipei, persediaan juga telah mula dijalankan untuk sambutan Aidilfitri. Kediaman aku akan dijadikan venue rasmi sambutan warga Malaysia di sini. Kami akan bergotong royong menyediakan juadah dan bersama-sama menyambut Syawal dengan penuh kegembiraan dan keceriaan, mengeratkan ukhuwwah sesama warga Malaysia di Taiwan. Kesedihan pastinya dirasakan kerana kami semua jauh dari kampung halaman masing-masing, namun kerana panggilan tugas untuk negara tercinta, inilah pengorbanan daripada kami.
Dalam pada keghairahan kita bersiap sedia untuk menyambut Syawal, Ramadhan jangan sekali-kali dilupakan. Seringkali umat Islam terlupa bahawa 10 hari terakhir Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk melipatgandakan amalan soleh, ke arah mencari lailatul qadar.
Berita dukacita juga diperolehi di minggu terakhir Ramadhan ini. Mentor aku di alma mater, Dr Muhammad Afif Abdul Rashid telah kembali ke Rahmatullah kerana kecederaan teruk akibat kemalangan jalan raya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihin, dan mendapat kerahmatan daripada Allah SWT. Ada lagi beberapa rakan dan sanak saudaraku yang kehilangan insan yang mereka sayangi, kerana kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah kepada mereka yang telah pergi, termasuk untuk ayahanda, umi dan Abg Am.
Semoga kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada amalan kita di bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini...

Comments