Kini kita memasuki pusingan (leg) terakhir di bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Masa yang sepatutnya digunakan untuk melipatgandakan ibadah - ke arah mencari lailatul qadar. Marilah kita sama-sama berdoa agar diberikan kekuatan untuk mengimarahkan 10 Ramadhan terakhir 1429H kali ini.
Minggu lepas merupakan minggu yang agak membebankan dari segi tugasan aku di sini. Dengan beberapa mesyuarat dan perjumpaan, lawatan, permintaan ad hoc daripada Kuala Lumpur dan juga agenda peribadi, membuatkan minggu lepas agas menekan (stressful). Namun Alhamdulillah, aku berjaya menempuhinya dengan secebis kekuatan yang ada. Ada lebih banyak lagi perkara yang penting dalam dunia ini yang perlu aku berikan perhatian dan fikirkan.
Aku gembira dapat menabur bakti kepada komuniti kecil di Taiwan ini. Sementelah di bulan Ramadhan yang mulia ini, di mana amal kebajikan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Semoga aku akan terus mengekalkan semangat, iltizam dan keikhlasan dalam menjalankan tugas di masa akan datang.
Senario politik Malaysia juga nampak gawat dan bercelaru. Setiap hari ada kenyataan akhbar. Pada aku, ia ibarat peperangan, di mana satu pihak "menyerang" atau "menembak" pihak satu lagi, vice versa. Aku tak tahu sampai bila kemelut ini akan berpanjangan. Ini kerana, ia membuatkan negara kita semakin ketinggalan dalam arus semasa. Kemelut ekonomi dunia juga semakin memburuk. Di saat umat Islam di Malaysia akan menyambut Syawal, harga barangan keperluan masih mahal, harga petroleum masih mahal, pendapatan rakyat masih tidak tinggi dan berpatutan dengan kadar per kapita negara.
Semoga Malaysia dapat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran ekonominya daripada cabaran semasa. We have to be competitive and able to face the global challenges!

Comments
Apa matlamat sebenar pejuangan mereka ?