Waktu menunjukkan pukul 2.30 petang. Tiba-tiba kedengaran siren berbunyi, panjang dan nyaring. Bunyinya jelas menyelubungi Taipei selama 5 minit. Kelihatan pejalan kaki berlari-lari pantas "menyelamatkan diri" dan "mencari perlindungan". Semua kenderaan di jalanan menghimpit ke tepi dan berhenti. Polis dengan cekapnya membantu pemandu dan penumpang keluar untuk "bersembunyi".
Itulah antara rentetan peristiwa "air drill", iaitu eksesais ketenteraan yang melibatkan seluruh warga utara Taiwan. Ia biasanya dijalankan setahun sekali, dan termaktub dalam perlembagaan negara tersebut.
Dalam eksesais ini, siren akan dibunyikan apabila kecemasan berlaku. Semua orang perlu cepat2 mencari perlindungan di mana-mana bangunan, dan menutup pintu dan tingkap. Mereka yang berkenderaan perlulah menghentikan kenderaan di tepi jalan dan menyembunyikan diri. Pengangkutan tren dan udara berjalan seperti biasa, namun pergerakan penumpang disekat dari keluar ke kawasan awam. Ia berlangsung selama 30 minit bermula 2.30 hingga 3.00 petang.
Bagi aku, ia merupakan salah satu lagi pengalaman menarik yang tercatat dalam diari hidupku, setahun di bumi Taiwan ini. Melihat jalan raya kosong bagaikan bandar yang ditinggalkan, membuatkan aku kagum dengan disiplin dan kepatuhan yang ditunjukkan oleh warga negara ini. Walaupun hanya sekadar latihan, perintah berkurung ini diikuti oleh semua, dan sesiapa yang melanggar perintah ini akan dikenakan denda antara RM3000 - RM15,000.
Mengikut sejarah, 'air drill' dijalankan kerana Taiwan masih 'vulnerable' dari ancaman musuh, terutamanya tanah besar China. Sehingga kini, tidak kurang 100 misil di China masih dihalakan ke Taiwan, dan kemungkinan tersebut dijawab oleh Taiwan dengan mengadakan latihan ketenteraan dan perintah berkurung.
Peristiwa ini juga menginsafkan aku tentang erti kemerdekaan - menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-51 pada Ahad, 31 Ogos nanti. Merdeka dari segala bentuk penjajahan, merdeka dari segala ancaman anasir luar, merdeka, bebas dan berdaulat. Inilah kemerdekaan yang perlu dipertahankan oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan negara dan inginkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran berkekalan.

Comments
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yg ke51 di bumi Taiwan. Lately ni banyak benda yang sangat sensitif di Malaysia, hinggakan penggunaan Hari Merdeka menjadi isu kerana Sabah dan Sarawak tidak merdeka pada 31 Ogos '57. Rasanya, telah ramai dari kita yang mengambil mudah erti kemerdekaan dan telah mula melupakan sejarah bangsa dan tanahair kita sendiri.