Aku ingin merakamkan ucapan "Selamat Mengundi" kepada seramai 58,459 pengundi (memang tak akan dapat 100 peratus turn out) di Permatang Pauh, Pulau Pinang dalam pilihanraya kecil yang berlangsung pada hari ini.
Untuk rekod, pilihanraya ini diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.
Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Permatang Pauh menjadi nostalgia dalam hidupku setelah menetap dan bertugas di sana selama 2 tahun dan 9 bulan. Segenap pelusuk Permatang Pauh telah aku jelajahi. Ia merupakan satu kawasan yang unik di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang terdiri daripada kombinasi DUN Seberang Jaya (kawasan penempatan moden, bandar satelit dan berhampiran kilang2 di Perai), DUN Penanti (kawasan kampung dan bersempadan dengan daerah Kulim), DUN Permatang Pasir (kawasan perkampungan campuran dan bersempadan dengan bandar Bukit Mertajam).
Kawasan Permatang Pauh terkenal dengan gerai makanan masakan kampung yang lazat tetapi murah. Char Kuey Teow, ayam goreng panas, nasi kandar ala kampung, nasi kandar moden, gerai2 tomyam, mee udang sungai dua (dah masuk Tasek Gelugor) antara keistimewaan di Permatang Pauh. Antara gerai masakan kampung yang terkenal ialah di Kampung Pertama, Bandar Perda, Permatang Nibong dan di sekitar jalan Permatang Pauh.
Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia!

Comments
Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi
Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi