Ribut Kalmaegi telah melanda selatan pulau Taiwan dan mengakibatkan 11 orang terkorban, manakala 6 lagi dilaporkan hilang, menurut Taiwan National Disaster Response Center semalam.
Kawasan yang terlibat termasuk Taichung County dan Kaohsiung County. Banjir dan tanah runtuh melanda beberapa kawasan di dalam kedua-dua "County" tersebut.
Alhamdulillah, Taipei (utara Taiwan) tidak mengalami apa2 kejadian yang tidak diingini. Hanya sekadar hujan seharian dan pada hari ini (Sabtu), mentari mula menyinari Taipei dan warga di sini meneruskan kehidupan seperti biasa.
Typhoon (Taufan) atau Storm (Ribut) merupakan fenomena biasa yang melanda Taiwan dalam musim panas ini. Dalam keadaan cuaca dunia yang sukar diramal ini, pelbagai bencana alam sering berlaku, dengan izin Allah. Kita berdoa agar semuanya selamat dan tidak ada kejadian / malapetaka yang tidak diingini berlaku dalam situasi sebegini.
KEMASKINI (LATEST UPDATES) 20 Julai 2008:
Angka kematian akibat Ribut Kalmaegi meningkat kepada 19 orang, 8 dilaporkan cedera manakala 6 lagi masih diberitakan hilang. Kebanyakan mereka menjadi mangsa korban akibat tanah runtuh dan lemas dibawa arus banjir.
Kalmaegi adalah perkataan berasal dari Korea bermaksud "seagull" (burung camar laut). Ribut ini telah menyebabkan kerugian mencecah NT740 juta (RM74 juta) kepada sektor pertanian di Taiwan.

Comments