Sejak kebelakangan ini, pelbagai kegemparan berlaku di tanahair ku yang tercinta. Bermula dengan akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin, tuduhan liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, akuan bersumpah P Balasubramaniam, salah laku pemimpin negara dan kakitangan tertinggi Kerajaan, kisah wakil rakyat BN ingin melompat ke PR dan pelbagai lagi cerita yang menghiasi dada akhbar Malaysia.
I don't give a damn on what has really happened to these people. Lantak mereka lah dengan cara berpolitik masing2. Inilah yang aku selalu sifatkan sebagai "dirts in politics". Politik itu kotor. Penuh kekotoran. Seakan memasuki kandang lembu, kalau tidak lekat bau lembu, atau bau najis lembu, maka itu bukanlah kandang lembu yang sebenar. Persetankan.
Namun demikian, apa yang lebih merisaukan aku adalah keadaan ekonomi negara. Ramai sahabat aku di Malaysia mengirimkan e-mel, menyatakan keluhan, ketidakpuasan hati, keresahan, dan menggambarkan ketidaktentuan (uncertainties) in Malaysian economy. Semalam. KLSE terpaksa "suspended" kerana masalah teknikal. Harga minyak dunia melambung naik melepasi US$140 setong.
Di Taiwan, Kerajaan menaikkan lagi harga petroleum daripada NT34.6 (RM3.40) seliter kepada NT36.1 (RM3.60) seliter mulai 2 Julai. Harga barangan keperluan - makanan, minuman, household items naik mendadak. Ahli perniagaan, pengusaha kilang2 juga mengeluh kerana kos operasi, kos perniagaan, kos bahan mentah semakin meningkat.
Kakitangan aku mengeluh dalam mesyuarat bulanan pejabat tentang kenaikan kos sara hidup di Taiwan, sedangkan gaji mereka masih belum mendapat pelarasan. Mak dan kakak aku di Kelantan juga mengeluh apabila harga bata mencecah RM1 sebiji, dan simen mencecah RM20 satu beg, apabila membeli bahan binaan ini bagi tujuan pengubahsuaian rumah.
Pendek kata (panjang pun kata), kehidupan di dunia semakin terbeban, tak kira di mana jua anda berada. Kalau di Malaysia pun kos sara hidup meningkat, apatah lagi di Taiwan. Aku diarahkan untuk memantau situasi semasa dan melaporkan kepada pihak berkenaan.
Kerajaan Taiwan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bebanan rakyat mereka kerana kenaikan kos sara hidup ini. Sistem pengangkutan diperkemaskan, dengan diskaun diberi kepada pengguna tetap melalui kad pra-bayar. Bas2 ditambah, dengan "fleet" baru dan kekerapan perkhidmatan. Sektor pembuatan diberi subsidi, dan projek kecil prasarana kerajaan (seperti untuk kontraktor kelas F) dipercepatkan pelaksanaannya agar dapat memberi faedah kepada rakyat dan kontraktor berkenaan. Mulai hari ini, Taiwan kembali membuka "pintu" kepada pelancong dari Republik Rakyat China, dan ini akan meningkatkan sektor pelancongan tempatan dan perkhidmatan berkaitan. Kepada pengusaha di sektor pembuatan, mereka diberi jaminan bahawa insentif dan bantuan akan diberikan bagi memastikan kos pembuatan masih berada di tahap kompetitif. Pelabur Taiwan di China diajak kembali melabur di Taiwan.
Secara ringkasnya, kita perlu mengambil langkah lebih proaktif dan tersusun dalam merencana ekonomi dan masa depan. Aku yakin harga petroleum dunia akan kekal tinggi, kos pembuatan dan kos pengangkutan akan terus meningkat, dan ini akan meningkatkan kos sara hidup.
Bagi aku, perbelanjaan perlu dibuat secara berhemat, mengurangkan bebanan hutang, meningkatkan simpanan dan persediaan untuk masa depan yang lebih mencabar.

Comments