Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel yang disubsidi masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter.
Siapa yang tak naik hangin satu badan apabila melihat kenaikan yang begitu mendadak. Boleh dikatakan semua terkejut, marah dan tidak puas hati. Namun, keputusan adalah muktamad. Selepas 12.00 tengah malam, 6 Jun 2008, harga petrol dan diesel di Malaysia sudah meningkat masing-masing kepada RM2.70 dan RM2.58 seliter.
Bagi meringankan bebanan rakyat, rebat tunai sebanyak RM625 bagi pemilik kenderaan berkapasiti enjin sehinga 2000cc serta trak/pikap/jip berkapasiti enjin hingga 2500cc; dan rebat tunai RM150 setahun bagi pemilik motorsikal berkapasiti enjin sehingga 250cc akan diberikan.
Namun, pada pendapat aku, rebat ini tidak mencukupi. Kiraan kasar untuk kereta Wira Aeroback 1.3 aku yang masih ada di Malaysia, dengan penggunaan purata RM50 seminggu, sebulan dalam RM200 bagi 104 liter petrol, kini telah meningkat kepada RM281.26 bagi kuantiti petrol yang sama apabila dikira dengan harga baru!
Jika dikira secara terus, selepas ditolak rebat tunai RM625, aku masih perlu membayar tambahan sebanyak RM350 untuk kuantiti yang sama!
Pada pendapat aku, kenaikan harga minyak memang tidak dapat dielakkan. Namun, Kerajaan sepatutnya mencari dan menyediakan insentif-insentif tambahan yang boleh mengurangkan lagi bebanan rakyat marhaen, terutamanya yang berpendapatan rendah. Mereka walaupun tinggal di kampung atau pekan kecil, masih perlu membayar harga petrol dan diesel dengan kadar yang sama. Kos kehidupan masih sama. Kos pengangkutan harian masih sama.
Jika diburukkan dengan peningkatan kos sara hidup kerana kenaikan harga makanan, dan keperluan asas, maka sememangnya, dan tidak dapat dinafikan kenaikan ini memang membebankan semua rakyat Malaysia. Disposable household income pasti akan berkurangan. Rakyat juga pasti akan mengurangkan simpanan (savings) dan seterusnya akan mengakibatkan pelaburan (investments) akan berkurangan. Ini adalah kesan domino ekonomi.
Aku tak tahu nak komen apa lagi. Apa yang berlaku telah berlaku. Enough of all grouses and dissatisfaction. Apa yang penting, kita kena mencari jalan penyelesaian terbaik dan langkah2 proaktif untuk mengurangkan bebanan kehidupan di dunia ini. Penjimatan dan berhemat dalam berbelanja adalah sesuatu yang pasti. Barangan harga murah juga akan menjadi tumpuan. Itu tindakan spontan pengguna. Aku harap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti di Indonesia. Kita kena rasional, dan hidup mesti diteruskan walaupun perit dan pahit untuk menempuh cabaran mendatang...

Comments