Hari ini aku sendiri menulis catatan renungan Jumaat yang biasanya aku ambil kandungan dari buletin mingguan yang dihantar oleh ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Aku ingin memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas rezeki yang dilimpahkan-Nya kepada aku dan keluarga. Semenjak aku bertugas di Taipei ini, aku dapat merasakan kurniaan Allah SWT yang sungguh bermakna dan bermanfaat kepada kami sekeluarga.
Pada kaca mata aku, ini semua adalah habuan di atas dunia, yang diberikan oleh Allah sebagai satu ujian kepada aku. Ujian yang dikategorikan sebagai ujian habuan ini aku rasa lagi mencabar daripada ujian berbentuk bala, kerana biasanya apabila manusia menerima balasan negatif (bala) daripada Allah SWT, mereka cepat2 insaf dan mula kembali ke hadrat-Nya. Ini berdasarkan pengalaman sendiri.
Tetapi, kalau diberikan balasan baik, limpahan rezeki, manusia mudah lupa dan alpa dengan Allah SWT yang telah berkenan melimpahkannya kepada mereka. Mereka mungkin terbawa-bawa dengan kemewahan, kekayaan, pangkat dan darjat yang lebih tinggi di dunia ini, sehingga melupakan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan lain-lain lagi. Mereka mungkin akan bersikap sombong dan bongkak, meninggi diri, merasakan diri lebih hebat dan kuat, dan memandang rendah rakan2 yang berada di bawah serta mereka yang kurang bernasib baik.
Aku cukup risau sekiranya tergolong dalam kelompok di atas. Aku sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk mengawal diri dari terjebak dalam kancah ini. Aku takut dengan pujian dan ucapan yang diterima dari rakan2 seperjuangan, takut kalau aku merasa riak dan bangga diri. Aku cepat2 merujuk segalanya adalah "Rezeki Allah", mengembalikan semua pujian kepada Allah, kerana jika Allah tidak mengurniakan ini kepada aku, maka semua ini tidak akan berlaku. Sepatutnya puji dan syukur wajib diberikan kepada-Nya.
Sebab itu aku cuba menahan diri dari terlalu gembira dengan nikmat ini. Beberapa hari lepas, seorang suami kepada pegawai Malaysia di sini telah kembali ke Rahmatullah secara mengejut, dikhuatiri terkena serangan sakit jantung. Aku cukup insaf kerana sahabat yang kali terakhir aku bertemu dengan beliau di masjid dan semasa jamuan makan tengahari sebulan yang lepas, beliau nampak sihat, ceria dan boleh bermain golf di sini. Pengajarannya, nikmat Allah ini adalah seperti kilat, betapa cepat Dia berikan pada kita, cepat juga Dia akan menariknya daripada kita. Subhanallah.
Aku juga ingin mengambil kesempatan di sini merakamkan sekalung tahniah kepada sahabat-sahabat aku (ada di antara mereka adalah pengunjung tetap blog ini... hehehehe... ;-) yang telah mendapat kepercayaan daripada pihak pengurusan untuk bertugas di beberapa bandaraya utama di seluruh dunia, sehingga akhir tahun ini. Kepada kalian, aku ingin mengucapkan "Selamat Maju Jaya" dan sentiasa sematkan di hati, bahawa rezeki itu adalah dari Allah SWT (kepada rakan Muslim), dan bertugaslah dengan setulus hati, ikhlas untuk agama, bangsa dan negara, insya-Allah walaupun mungkin mereka2 di dunia ini tidak melihat, namun Yang Maha Esa Maha Melihat dan Mengetahui. Insya-Allah kalian akan mendapat balasan dan ganjaran yang setimpal dengan budi, usaha dan keikhlasan yang lahir dari gerak kerja yang dilakukan.
Wassalam.

Comments