Hampir 2 bulan telah kita lalui dalam tahun 2008. Masa dirasakan pantas berlalu. Aku semakin sibuk dengan tugasan dan program2 yang telah dirancang sepanjang 6 bulan pertama 2008, diari rasmi telah penuh dengan aktiviti dan program. Di samping tuntutan ad hoc, aku masih perlu memantau pasaran dan ekonomi negara Taiwan. Tidak dapat kubayangkan bagaimana rakan sejawatan dan sahabat2 aku di bandaraya/negara lain yang lebih sibuk menjalankan tugas2 mereka, seperti En Hadi di Dubai (sentiasa masuk berita), Cologne yang banyak pameran, UK yang banyak aktiviti, USA yang menghadapi kemelut ekonomi & pilihanraya, dll.
Bagi aku, kehidupan perlu diseimbangkan. Sememangnya tugas dan tanggungjawab utama adalah berkhidmat untuk negara, namun sekiranya aspek pengurusan diri yang meliputi kesihatan fizikal dan mental tidak dititikberatkan, maka tugas kita akan terbantut dan tidak memenuhi aspirasi serta matlamat Kerajaan.
Dengan Malaysia kini dilanda demam bahang pilihanraya yang bakal menjelang, apa yang pasti kami akan mendapat seorang timbalan menteri dan setiausaha parlimen yang baru, kerana penyandang jawatan tersebut telah digugurkan. Seronok juga memantau senario politik Malaysia melalui "on the ground informer"... macam2 galagat dan kerenah. Bagi aku, pilihanraya adalah umpama sebuah kejohanan sukan, pertandingan mencari juara. So, when it is considered as a game, there will be strategies, tactics, play safe, dirty moves, miracles & magics... and final result will be known on 8 March 2008. Enough of my analysis on that...
I think I must work smart and always sharp to eye on the opportunities. Bagi aku, "work hard" (kerja keras) kalau tidak diadun dengan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas, merupakan sesuatu tindakan yang meletihkan dan tidak produktif.
Masih banyak hutang2 yang belum aku langsaikan, dan aku terpaksa mengejar masa yang semakin pantas dirasakan berlalu. Aku juga perlu kembali aktif dalam beberapa aktiviti "ko-kurikulum" sebagai menyeimbangi tuntutan kerja yang bertambah dan serius. Sihat tubuh badan, sihat minda, sihat fizikal, sihat mental, rohani juga terus disuburkan, insya-Allah kerja kita di dunia akan lebih baik, diberkati dan di akhirat mendapat pembalasan baik daripada Allah SWT.
All the best!
Comments