Aku mendapat idea menulis tajuk ini semasa memandu ke pejabat pagi ini. Ia tercetus lantaran insiden semalam yang agak mengejutkan dan membuatkan aku terkilan dan buntu seketika mencari jalan penyelesaian.
Aku kurang selesa apabila dijemput ke majlis makan malam rasmi anjuran orang tempatan di Taiwan ini. Mereka mempunyai budaya dan cara tersendiri dalam kaedah hospitaliti serta jenis makanan/minuman yang dihidangkan.
Memanglah secara amnya, tuan rumah berhak menetapkan apa sahaja yang ingin dihidangkan atau disediakan kepada tetamu. Akan tetapi, mereka juga patut mengetahui, menghormati dan menjaga sensitiviti tetamu yang mungkin "particular" tentang juadah yang bakal dihidangkan.
Sebagai orang Malaysia yang cukup sensitif serta prihatin terhadap keperluan orang lain, kita selalu mengalah dan menjaga hati serta sensitiviti pihak lain, terutama bangsa asing di dalam cara / kaedah hospitaliti kita. Sebagai contoh, setiapkali "host" makan tengahari selepas seminar di dalam setiap program misi perdagangan, adalah satu kelaziman untuk menyediakan sebuah atau dua buah meja khas yang menyediakan makanan "vegetarian" (no-meat section), kerana menu yang biasa dipilih adalah menu yang mempunyai daging/ayam sebagai "main course".
Kalau kita boleh prihatin dan sensitif terhadap keperluan orang lain, kenapa orang lain tidak boleh sensitif dan prihatin terhadap hak dan prinsip kita? Itu yang menghairankan aku.
Sebagai contoh, semalam mereka menghidangkan minuman keras. Dan aku tidak mengambilnya. Aku perhatikan bukan aku seorang yang tidak minum, malah ada beberapa orang bangsa Cina juga tidak minum atas dasar menjaga kesihatan dan juga mereka memiliki prinsip sendiri.
Aku tidak faham sesetengah pihak yang buat tidak reti dan tidak faham hak serta prinsip aku sebagai orang Islam (mereka mengetahui aku ini orang Islam - kerana mereka mengucapkan salam dan selamat hari raya - kebetulan semalam adalah Aidiladha di Malaysia), dan memujuk/memaksa aku untuk minum bagi tujuan "toast" dan "kampei"? Dan mereka ini adalah orang Malaysia! Yang faham dan jelas tentang pegangan Islam di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam sebagai agama rasmi negara.
Aku teringat dahulu, CEO sebuah organisasi di Taiwan ini cukup prihatin dengan keperluan aku, dan dia memohon minuman jus yang khas dihidangkan kepada aku, sebagai ganti kepada wain. Dan aku boleh "toast" serta "kampei" dengan meminum jus oren/epal, tidak ada masalah pun.
Aku boleh rumuskan di sini bahawa kefahaman tentang prinsip dan ajaran Islam di kalangan rakyat Malaysia, terutama di kalangan bangsa bukan Melayu dan bukan Islam masih lagi rendah. Mereka tidak faham apa itu halal dan haram, apa itu minuman memabukkan, kenapa orang Islam tidak boleh mengambilnya, dan apa kesannya pada orang Islam. Kegagalan mereka memahami segala perkara ini menyebabkan mereka tidak menghormati prinisip dan hak orang Islam dari segi pemakanan/minuman.
Aku juga kecewa dengan segelintir kecil (aku ulang... SEGELINTIR KECIL) umat Islam yang telah memberikan "negative impression/perception" kepada Islam dengan meminum minuman keras atas dasar menghormati tuan rumah. Banyak sudah kes aku dengar, lihat dan semalam, menyaksikan sendiri seorang rakan seperjuangan tewas dengan pujukan mereka dan meminum wain seperti minum air sejuk! Ini memberikan persepsi negatif kepada orang bukan Islam yang mentertawakan kita sebagai umat yang lemah iman dan tidak berpegang kepada prinsip.
Segelintir mereka yang terlibat di dalam tugas di persada antarabangsa ini berpendapat, minum itu adalah sesuatu yang terpaksa mereka lakukan atas dasar tugas. Atas dasar hospitaliti. Atas dasar menghormati tuan rumah. Bagi aku, ini pandangan yang salah. Seorang tuan rumah yang prihatin tidak akan memaksa tetamu memakan/meminum item yang mereka tidak gemari / tidak boleh makan. Di sinilah kita sebagai orang Islam harus memberikan penerangan yang jelas dan betul, agar mereka faham prinsip dan hak kita. Banyak cara alternatif lain lagi yang boleh dicari.
Aku cukup sensitif tentang isu pemakanan dan minuman, kerana ia memberikan kesan jangkapanjang terhadap diri dan mereka di sekeliling. Apabila jadi darah daging, ia akan berubah menjadi tabiat dan sifat. Bukan nak kata aku ni 100 peratus sempurna, alim atau budiman. Akan tetapi jika ada peluang dan ruang untuk melarikan diri, larilah jauh2 daripada perkara yang sememangnya haram.
Beberapa hadis Rasullullah menyebut;
Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu haram. – Muslim dan al-Daruqutni daripada Ibn Umar.
Sesungguhnya daripada anggur itu dibuat arak, daripada madu juga boleh jadi arak, daripada kismis juga dibuat arak, daripada gandum juga dibuat arak, daripada buah kurma juga dibuat arak dan aku menegah kamu daripada setiap yang memabukkan. – Ahmad, Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah.
Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)
Aku berdoa agar terus diteguhkan iman dan tidak akan tewas dalam perjuangan menegakkan prinsip dan hak aku ini...
Wallahualam...

Comments