Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk semenjak aku berada di Taiwan ini. Penuh dengan program yang perlu aku hadiri dan juga uruskan. Antaranya:
- SMIDEC Specific Project Mission to Taiwan, 26 - 29 Nov 2007
- Selangor Investment Mission to Taiwan, 28 - 30 Nov 2007
- Petronas Annual Dinner in Taiwan, 29 Nov 2007
- TES Christmas Bazaar, 1 Dec 2007
Walaupun program ini tidak berkait terus dengan peranan utama aku untuk mempromosikan perdagangan di antara Malaysia dengan Taiwan, namun ia merupakan program-program yang penting bagi aku mengukuhkan jaringan (networking) dan juga meraih sebanyak pengalaman bagi memudahkan tugas aku di masa hadapan.
Antara yang aku pelajari:
- menguruskan program delegasi
- mengkoordinasi serta memantau kakitangan bertugas
- melihat/terlibat dalam pengurusan program VIP
- menguruskan pergerakan peserta program
- menghadiri sebuah "function" yang eksklusif
- berinteraksi dengan "high level people"
- menguruskan logistik dan promosi program
- memberikan sokongan (political support)
- menjaga dan mengharumkan nama baik negara
Sebenarnya banyak lagi pelajaran hidup yang aku raih daripada apa yang berlaku minggu ini. Pengurusan masa, pengurusan diri, pengurusan psikologi dan tugasan2 hakiki yang semakin bertambah di pejabat. Kesilapan dan kekurangan memang ada, namun ia aku jadikan sebagai "lessons learnt" dan peningkatan diri di masa depan. What more to expect from a rookie like me, compared with some TCs which have between 5-10 years experience.
Kadang-kadang, orang memandang rendah keupayaan dan kebolehan aku. Orang ingat aku yang masih mentah dan di tahap rookie ini, boleh dijadikan subjek buli atau kerja sebagai pencacai aje ke? Mereka silap. Aku mungkin cuma mentah dari segi pengalaman kerja, namun kebolehan dan keupayaan aku jangan sekali-kali diperkecilkan. Kalau tidak, takkan aku diberi kepercayaan untuk menerajui pejabat di Taiwan ini. Dan aku juga mempunyai prinsip dan pegangan hidup aku sendiri. Mereka yang kerek ini perlu menghormati prinsip dan pegangan hidup orang lain, sebelum mereka sendiri ingin dihormati.
Aku juga ingin merakamkan rasa gembira dan syukur kerana diberikan barisan kakitangan yang cukup hebat dan berdedikasi. Mereka mendapat pujian ramai orang, dan aku perlu reward mereka dengan sesuatu yang menggembirakan nanti, insya-Allah sebelum Krismas menjelang nanti. Bonus memang dah pasti, kenaikan gaji juga akan dipertimbangkan. Aku berdoa agar permohonan semakan gaji KAT pejabat Taipei akan diluluskan secepat mungkin, sebagai satu lagi suntikan motivasi kepada mereka ini.
Dalam aku bersyukur dan gembira dengan "happy ending" ini, aku juga merasa sedih dan terharu dengan apa yang telah terjadi. Kejayaan yang dikecapi ini datang bersama titik peluh, pengorbanan dan air mata. Inilah harga yang aku terpaksa bayar dalam sebuah kehidupan. Opportunity cost - forego some important things in order to obtain other things.

Comments