Manusia, kuasa dan kedudukan

Catatan aku kali ini mempunyai tajuk yang serius. Namun mesej ini digambarkan secara sinikal walaupun agak ringkas dan sedikit berlapik (filtered).

Tak perlu merenung jauh "ke atas", yakni "mengangkasakan" pandangan kita. Cukup sekadar melihat persekitaran di "sekeliling", iaitu rakan seperjuangan, "immediate superior", ataupun mereka yang diberi kuasa yang terangkum dalam kehidupan kita seharian (sebagai contoh, Polis).

Ada seorang rakan berbisik padaku semalam, "kalau kita mahukan sesuatu pada mereka yang berkuasa/berkedudukan/berautoriti, kita kena lebih tunduk, hormat dan mengikut lenggok kemahuan mereka". Dalam kata lain, mengikut orang muda sekarang... "kita layannnn aje..." :-P

Aku senyum sinis. Aku pun sebenarnya tergolong dalam mereka seperti itu, jika dilihat kedudukan dan jawatan yang terpikul di bahuku ini. Adakah rakanku ini menyindir aku, ataupun dia maksudkan rakan seperjuangan aku yang lain?

Apabila dia bercerita dengan lebih lanjut, maka jelaslah bagiku bahawa bukan aku yang dimaksudkan. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi mampu bertahan dan menahan diri daripada tergolong dalam kategori itu. Namun aku tak pasti sampai mana aku boleh bertahan dan boleh menahan diri... kadang-kadang situasi memaksa kita menjadi "authoritarian". Kata orang, kena tunjuk kuasa, kena buat sesuatu biarlah berpada-pada dengan kedudukan kita sekarang.

Satu contoh yang praktikal dan realistik - Nak mintak boss sign cuti, seorang staff terpaksa mengadap boss terlebih dahulu, dengan mukaddimah, bersembang-sembang, buat lawak seround, dan membawa dengan sedikit "habuan" sebelum boss itu "tenyeh lulus" dalam borang cuti.... Itu macam ka?

Kadang-kadang aku merasa letih dan lemas berada di dalam kelompang ini... namun, ia terpaksa dilakukan atas sebab - kuasa dan kedudukan. Padahal kita semua manusia biasa sahaja.

Manusia yang yang membezakan darjat antara mereka berdasarkan kedudukan dan kuasa yang dimiliki. Ini telah terjadi semejak dari zaman dahulukala lagi. Raja diagung-agungkan sebagai "the ultimate/the superior", malah ada yang menganggap mereka sebagai Tuhan! (seperti Firaun) Nauzubillah...

Kembali ke zaman kini, pemimpin rakyat juga kadangkala mengagungkan dan mengutamakan kedudukan dan kuasa yang dimiliki. Mereka sanggup berhempas pulas, berkempen, memanipulasi orang lain, menggunakan pelbagai sumber yang ada semata-mata kerana ingin meraih kuasa dan gelaran yang lebih kehormat daripada insan lain. Selain daripada itu, ganjaran harta, wang, kemewahan yang melimpah ruah juga menjadi sasaran apabila telah berkuasa. Maka dengan itu, mereka yang lalai dan terpesong daripada jalan sebenar kerana tamak haloba, rakus dan mengejar kekayaan, seringkali tersungkur di tengah jalan, menerima bala yang tidak disangka atau hidup dengan hati yang tidak tenang, gundah gulana dan penuh tekanan.

Seringkali, aku termenung ketika berada di dalam E200 (when I was driven), ataupun dalam ISUZU 277/285 (while standing/sitting), memikir dan merenung fenomena ini. Ia membuatkan aku buntu, bungkam dan keliru. Dan aku masih merenung jauh ke dalam... mencari jawapan dan peleraian pada kekusutan di benak ini...

Tulisan ini aku akui ada kena mengena dengan yang hidup sahaja. Yang telah pergi, kita sedekahkan doa agar roh mereka dicucuri rahmat.

Comments