Allahuakbar.... Allahuakbar.... Allahuakbar....

Walillahilhamd....
Hari ini, di Taiwan, umat Islam mula menyambut Aidilfitri (Eidul Fitri). Aku mengetahui perkhabaran ini melalui sms pada jam 1 pagi, dan pengesahan melalui Internet (laman web Taipei Grand Mosque) bahawa solat sunat Aidilfitri akan dijalankan pada pagi ini, jam 8.30 pagi.
Setelah menghantar anak-anak ke sekolah, aku menaiki MRT dari Zhisan ke Guting, memakan masa kira-kira 20 minit. Daripada stesen Guting, aku menaiki teksi ke Masjid (hanya dikenakan caj NT80) selama 10 minit. Alhamdulillah sampai tepat pada waktunya. Aku lihat umat Islam berpusu-pusu ke masjid bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Aku berbaju Melayu kelabu dan berketayap putih (simple aje) serta membawa beg untuk ke pejabat selepas itu.
Aku mengira-ngira, dalam hampir 1,000 orang membanjiri masjid Grand Taipei. Majoriti, adalah bangsa Cina (Taiwan) dan juga warga Indonesia (komuniti Muslim kedua terbesar di Taiwan selepas bangsa Cina). Lain-lain seperti dari Afrika, Asia Barat dan mungkin beberapa kerat dari negara Asia Tenggara lain seperti Singapura dan Malaysia.
Solat raya seperti biasa, didahului dengan solat sunat 2 rakaat, cuma takbir kemudian sebelum rukuk (7+5), dan diikuti dengan khutbah dalam bahasa Arab. Semuanya selesai pada jam 9.15, dan sedikit jamuan pagi (buah-buahan, kurma, cucur manis, air kopi dalam kotak) dihidangkan kepada para muslimin dan muslimat yang hadir. Semuanya bersalaman dan bermaafan, ada yang berpelukan kerana lama tidak bersua. Aku memerhatikan gelagat umat Islam berlainan bangsa dan budaya, tetapi boleh bersatu hati dengan satu agama, satu pegangan. Subhanallah.
Selepas itu, aku beransur ke pejabat untuk bekerja (kerja di hari raya!) setelah mengambil keputusan untuk mengambil cuti gantian pada minggu hadapan bagi pejabat aku sahaja. Warga MFTC lain mula bercuti pada hari ini dan akan mula bekerja pada Selasa.
Bekerja di hari raya - Satu pengalaman baru bagi aku. Tetapi aku tak lah rasa sangat suasana hari raya, kerana di Malaysia umat Islam masih lagi menunaikan ibadah puasa. Nak makan pun tak tergamak rasanya, aku hanya makan sebiji kurmama, sebiji cucur manis, sepotong epal dan secawan kopi sebagai alas perut pada pagi ini di masjid tadi.
Bagi aku, kita tidak boleh "mengejutkan" maidah (perut) kita di pagi raya dengan makan secara berlebihan di siang hari. Itu kaedah biasa aku amalkan hatta di Malaysia. Kerana pengalaman lalu membuktikan bahawa sekiranya aku makan berlebihan, aku akan mula dihinggapi "stomach upset", terutamanya kalau makan makanan yang pedas secara berlebihan (terlebih makan rendang dan ketupat le tu... hehehehehe...)
Jamuan hari raya peringkat HBS Taipei tetap diadakan pada hari esok. Kena buat persediaan bagi jamuan tersebut pada petang dan malam nanti.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

Comments
sudah raya ka? selamat hari raya pada hang & family. Kami akan beraya besok disini.
ps: keja pagi raya takpe, boss kena kuat kijo! ;-)
Selamat Hari Raya Brader. Makan sate tu ingat2 lah sahabat kat Taiwan nih... hehehehehe...