Ramadhan bakal tiba...

Ramadhan bakal tiba. Insya-Allah kalau tidak hari Khamis, Jumaat umat Islam akan menunaikan ibadah puasa dalam masa sebulan di bulan yang penuh rahmat dan kemuliaan ini.

Aku bakal menghadapi Ramadhan di luar negara, di rantau orang buat kesekian kalinya. Kali terakhir aku berpuasa di luar negara adalah semasa di Australia dulu.

Namun, dulu lain sekarang lain. Lain padang, lain belalang. Dulu berpuasa sebagai seorang pelajar, kini berpuasa sebagai pekerja dan ketua keluarga di luar negara. Banyak cabaran bakal aku tempuhi. Tambahan lagi berada di negara di mana umat Islam adalah minoriti, kira-kira hampir 15,000 orang sahaja daripada lebih 22 juta penduduk Taiwan.

Antara cabaran yang bermain di benakku:
  • Menahan diri dari makan dan minum di persekitaran di mana majoriti penduduk/warga tidak berpuasa, dan mereka mengamalkan corak hidup seperti biasa, makan, minum, hosting lunch & dinner;
  • Menahan diri dan anggota tubuh badan daripada terlibat/melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa atau membatalkan puasa. Di persekitaran yang mengamalkan gaya hidup bebas dan "keterbukaan", ini satu cabaran...;
  • Memimpin keluarga untuk berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan - gaya hidup, makan, solat tarawih, tanpa azan, bangun sahur pukul 4 pagi? etc etc... ;
  • Makan minum - Bulan Ramadhan, selera umat Islam yang berpuasa tiba-tiba berubah menjadi lebih sensitif, lebih berfokus nak makan benda2 tertentu sahaja... mengidam sesuatu jenis kuih. lauk pauk, tiada selera nak bersahur, tiada bazar Ramadhan? etc ...;
  • Puasa dan kerja - host majlis berbuka puasa? Orang datang ke rumah? Pelawat dari Malaysia? Pergh... semua itu satu cabaran yang perlu dihadapi... ;
  • Meneruskan tugas dan tanggungjawab seperti biasa tanpa ada kurang atau rehat lebih. business as usual in Ramadhan... ;
  • Tekanan psikologi diri sendiri bagi menghadapi segala cabaran tersebut... makan dalam bebb...
Aku harus mempersiapkan diri, fizikal dan mental agar dapat menempuh Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketakwaan. serta mampu melaksanakan ibadah ini dengan baik walaupun dilingkari pelbagai cabaran di sekelilingku...

Lantaran itu, aku tidak meletakkan sasaran yang tinggi kepada pengisian Ramadhan ku kali ini. Tiada "Kembara Tarawih" seperti tahun-tahun lepas yang kuamalkan di Pulau Pinang, tiada perlu berebut membeli tiket bas balik ke KL, tidak perlu fikir nak balik raya kat mana tahun ni, tidak perlu fikir dan beli apa di bazar Ramadhan... hanya makan apa yang ada. Ala kadar sahaja, rezeki daripada Allah SWT. Hidup besederhana.

I'm gonna miss the Ramadhan environment di Malaysia!!!

Comments