Berpuasa di hujung minggu. Memasuki hari ketiga. Aku dapat rasakan umat Islam di Malaysia, rata-rata mesti akan pulang ke kampung halaman untuk menunaikan ibadah puasa bersama keluarga tersayang. Seronoknya berbuka puasa dan bersahur di kampung, makan juadah lauk kampung, kuih muih tradisional, bertarawih di surau bersama orang-orang kampung, more, dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang hanya dapat dilakukan di kampung. Namun tradisi ini semakin terhakis dimakan keadaan dan perubahan zaman, di mana semua orang mengejar keduniaan, mengutamakan kepentingan perihal dunia lebih daripada amal ibadah yang menjanjikan limpahan rahmat dalam masa sebulan setiap tahun, iaitu Ramadhan Al Mubarak.
Aku juga terjerumus di dalam arus ini. Aku merasakan kerdil dan tak mampu menahan diri daripada dihanyutkan oleh arus deras ini. Keterlibatan dan keterpaksaan hidup di dalam senario ini membuatkan suasana Ramadhan yang didambakan, semakin menjauh pergi, tidak mudah digapai dan mula pudar dan hilang dari pandangan. Namun aku tak seharusnya mengalah dengan keadaan. Tak boleh membiarkan diri ini terus hanyut, aku harus "survive" dalam keadaan serba kekurangan ini. Puasa adalah satu latihan yang terbaik bagi membina kekuatan diri, ketahanan dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Ibadah puasa lah yang harus dipertahankan, sekurang-kurangnya keimanan masih utuh untuk menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkannya daripada terbit fajar sadik sehingga terbenam matahari. Walaupun manusia mungkin tidak nampak atau boleh ditipu, namun Allah SWT Maha Mengetahui.

Comments